Malaysia

Dayang dan Azlan Typewriter bakal gegar minggu setiausaha

1001 10 Dayang AzlanMinggu setiausaha kini datang lagi dan seperti biasa Dayang Nurfaizah tidak terkecuali melengkapkan kalendarnya saban tahun menjayakan acara ini . Tahun ini dia tampil dengan kelainan tersendiri apabila memilih untuk berkolaborasi bersama penyanyi bervokal mantap, Azlan Typewriter.

Acara ‘Memorable Moment With Azlan & Dayang’ yang diatur pada pukul 12.00 tengahari pada 8 April ini bakal menyaks2ikan paduan vokal suara dua penyanyi yang cukup sinonim dengan kemantapan vokal tinggi dalam dunia seni nyanyian tanah air.

Apa yang unik, majlis bertema ‘Romantik Rock’ yang khusus bagi menghargai para setiausaha ini bakal mempersembahkan kelainan luar biasa apabila Azlan dipilih mendendangkan lagu romantis manakala Dayang menyanyikan lagu rock.

Sementara itu, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI bakal menemani penonton selaku pengacara dalam acara ‘Memorable Moment With Azlan & Dayang’  selain kumpulan pelawak terkenal, Bocey bakal hadir bagi menghiburkan semua setiausaha yang datang dengan idea dan gelagat lucu yang sering kali berjaya membuatkan para penonton tidak kering gusi.

Azlan selaku wakil dari pihak penganjur Darkliquids Music Production Sdn. Bhd berkata, dia akan mencuba yang terbaik bagi menjayakan acara minggu setiausaha ini.

“Saya akan cuba yang terbaik, dengan muzik terbaik agar semua penonton berasa puas hati pada acara tersebut. Dayang merupakan antara penyanyi yang saya minat sejak dahulu lagi dan tidak sabar untuk menjayakan acara ini dengannya,” kata Azlan.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan tiket Memorable Moment With Azlan & Dayang’ boleh menghubungi talian 0342572727 / 7772 dengan harga RM6,000 , RM8,000 dan RM10,000 bagi satu meja.

Sumber: murai.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s