Rasanya tidak salah jika kami mengatakan Fazura dan penyanyi asal Singapura, Taufik Batisah seakan serasi bersama. Apatah lagi, mereka pernah satukan di sebuah rancangan popular terbitan Astro sebagai juri tetap. Keserasian mereka itu turut dirasai bukan sahaja para peminat mereka, bahkan rakan media sendiri.
Dalam temubual bersama HLIVE! baru-baru ini, Fazura mengakui bahawa dirinya dan penyanyi asal Singapura itu sangat serasi bersama. Namun begitu, Fazura tetap menengaskan bahawa hubungan mereka tidak lebih dari kawan.
“Saya terima kalau jodoh saya. Taufik seorang yang smart, dan kelemahan saya ialah seorang smart, well-behaved, yang ada karisma,” ujar Fazura.
Dalam temubual tersebut, Taufik turut mengakui perkara yang sama dan keserasian mereka mungkin disebabkan mereka sudah kenal lama. Penyanyi Awak Kat Mane itu sekarang berada di Kuala Lumpur untuk mempromosikan album terbarunya, Fique.