Sudah sekian lama Revalina S Temat tidak timbul di kaca televisyen. Pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih tersebut pernah popular bukan sahaja di Indonesia, malah di negara-negara serantau seperti Malaysia, Singapura dan Brunei. Kini, dengar cerita, pelakon cantik tersebut akan bernikah pada pertengahan bulan Mac ini, betul ke?
Menurut sumber media setempat, majlis akad nikad pelakon utama filem Perempuan Berkalung Sorban ini dengan jejaka pilihannya, Rendy Aditya Gunawan, akan diadakan di Bali pada 15 Mac ini. Lamaran tersebut dibuat Rendy pada bulan November yang lalu.
Hubungan cinta Revalina jarang lagi dibahaskan media selepas hubungannya bersama pelakon popular, Ringgo Agus Rahman terputus suatu ketika dahulu.

Sumber: ©instagram.com/vatemat