Brunei / Malaysia

Putri Norizah Ingin Kembali Aktif Di Dunia Hiburan

1001 25 putriMelalui temubual ringkas bersama anak kepada penyanyi terkenal Ibnor Reza yang pernah popular dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah ini, Putri Norizah ternyata rindu kepada dunia nyanyian.

Menurut penyanyi yang lebih selesa dengan panggilan Putri ini, meskipun kini beliau sudah mempunyai keinginan untuk kembali bergiat aktif semula di dunia hiburan, akan tetapi beliau masih menyatakan bahawa keluarganya tetap menjadi keutamaan. Tambahan pula, kini Putri baru sahaja menimang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Kino Takamura, juga seorang penggiat seni.

Namun begitu, persoalan bila dan bagaimana beliau akan membuat comeback ke industri hiburan masih menjadi tanda tanya dan ianya masih tertakluk kepada masa dan keadaan, katanya.

Bagi pembaca 1001bintang yang kurang mengikuti perkembangannya, Putri Norizah sebenarnya pernah menetap di negeri kelahiran ibunya, Brunei Darussalam sepanjang mengikuti pengajian di peringkat menengah. Di sinilah beliau mula dikenali dan bergiat aktif di dunia seni. Beliau juga pernah diberikan penganugerahan sebagai Penyanyi Wanita Pilihan di Anugerah Pelangi 2008/2009 dan pernah mewakili Brunei ke pertandingan mahupun persembahan di peringkat serantau. Putri kini menetap di Kuala Lumpur bersama suami dan keluarganya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s