Malaysia

Harun Salim Bachik Akan Tetap Dikenang

IMG_20150308_185703

Pelakon dan pelawak terkenal Harun Salim Bachik, atau nama sebenar beliau Haron Aminar Rashid Salim, telah kembali kerahmatullah hari ini, Ahad 8 Mac 2015.

Berita kewafatan seniman Harun Salim Bachik, 56, bekas presiden SENIMAN, dihidu pihak 1001bintang pada petang tadi melalui laman sosial Instagram. Pemergian yang tak disangka dan satu kehilangan yang cukup besar bagi industri hiburan Malaysia khususnya dan juga Nusantara.

Menurut laporan AWANI, beliau dipercayai mengalami sesak nafas ketika dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang bersama keluarganya petang tadi. Khabarnya juga, beliau sepatutnya memulakan penggambaran filem Angin Cinta pada besok hari. Perkara ini dinyatakan oleh pengarah Ghaz Abu Bakar yang juga terkejut mendengar khabar tersebut.
Berita tentang pemergian pelakon komedi terkenal tersebut juga turut dirasai rakan-rakan seperjuangan beliau, khususnya Afdlin Shauki, yang merupakan antara yang pertama mengungkapkan rasa dukacita beliau dilaman sosial. Allahyarham dan Afdlin, boleh dikatakan mempunyai hubungan yang sangat rapat, dan ini bukan sahaja terhad di atas panggung. Mereka juga merupakan pasangan sekumpulan di program lawak terkenal Maharaja Lawak Mega. Turut menyedihkan, Afdlin juga memuat naik gambar terakhir yang sempat diabadikan bersama Allahyarham pada Jumaat lepas.
Harun salim Bachik
Seniman Harun sememangnya sangat popular dan dihormati dikalangan penggiat seni serantau sejak tahun 90-an lagi. Antara hasil lakonan beliau yang terkini termasuklah di drama bersiri popular Oh My English serta filem-filem seperti Man Laksa, Baik PUnya Cilok, Apa Kata Hati serta KIL yang diterbitkan beberapa tahun yang lalu. Penglibatan beliau sebagai anak seni tidak terhad kepada satu bidang sahaja. Ramai yang tidak mengetahui bahawa, pada tahun 1996, beliau sebenarnya pernah menerbitkan album yang bejudul Belilah.
Seniman Harun Salim Bachik dalam filem Lemak Kampung Santan

Seniman Harun Salim Bachik dalam filem Lemak Kampung Santan.

Dalam kesempatan ini, pihak 1001bintang ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Harun Salim Bachik. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosanya dan menerima segala amal ibadahnya. Dan kami berdoa agar Allahyarham tergolong bersama orang-orang yang beriman. Amin. AL-FATIHAH.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s