Brunei

Isu Ashraff Rannil Dan Dang Kasum Selesai

Ashraff Rannil merupakan seorang DJ / penyiar radio di Pelangi FM

Ashraff Rannil merupakan seorang DJ / penyiar radio di Pelangi FM

Hari ini, industri hiburan Brunei dihebohkan dengan isu kuiz anjuran radio popular Brunei Darussalam, Pelangi FM. Menurut pesanan yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp itu, kuiz yang dianjurkan pada sebelah tengahari tersebut dilihat seolah-olah cuba untuk mempersendakan kredibiliti pelakon veteran tempatan, Dang Kasum. Pesanan yang, kononnya, berasal daripada anak Dang Kasum sendiri itu juga menyatakan bahawa Pelangi FM mahupun Ashraf Rannil, sebagai penyiar radio yang bertugas pada waktu itu, seakan tidak mengambil kira sensitiviti pihak ahli keluarga Dang Kasum.

Apa yang lebih tidak menyenangkan, mesej tersebut diikuti pula dengan kata-kata yang kurang sopan dan berunsur fitnah terhadap DJ Ashraf Rannil sendiri. Namun begitu, dalam masa yang sama, ada juga yang cuba mengatakan bahawa penggunaan nama pelakon terkenal tersebut di dalam kuiz berkenaan sepatutnya tidak menjadi kesalahan kerana Dang Kasum sendiri merupakan seorang pelakon yang berbakat dan terkenal di Brunei. Perkara ini, menurutnya lagi, seharusnya tidak diperbesarkan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kes ini sebenarnya sudah diselesaikan oleh pihak Radio Televisyen Brunei dan artis yang terlibat. DJ Ashraff Rannil sendiri juga telah memohon maaf secara peribadi kepada Dang Kasum dan beliau sendiri pun sudah memaafkannya. Menurut Dang Kasum, tindakan Ashraff Rannil tersebut hanyalah sekadar hiburan samata-mata.

Dang Kasum, menyatakan lagi, mesej yang disebarkan tersebut tidak ada hubungan sama sekali dengan anak-anak beliau dan memohon agar orang ramai tidak berburuk sangka kepada anak-anak serta ahli keluarganya. Semua ini hanyalah fitnah yang tidak berasas dan beliau memohon agar orang ramai tidak besekongkol menyebarkan berita tanpa merujuk kepada yang empunya badan terlebih dahulu.

Ashraff Rannil dan Jazz Hayat ketika menyampaikan anugerah di Anugerah Pelangi tahun lalu. (Sumber foto / Google)

Ashraff Rannil dan Jazz Hayat ketika menyampaikan anugerah di Anugerah Pelangi tahun lalu. (Sumber foto / Google)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s