Sudah lebih sebulan dinobatkan sebagai juara Mentor Legend 2015, Azmil kini mengorak langkah untuk mencipta nama sebagai penyanyi di industri hiburan Malaysia.
Vokal unik yang dimiliki oleh pemuda ini yang seakan menyamai suara penyanyi dari seberang, Cakra Khan membolehkan anak didik kepada penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah ini menyerlah berbanding dengan peserta-peserta lain menerusi program realiti nyanyian popular, Mentor Legend terbitan TV3.
Meskipun kemunculan awalnya di konsert minggu pertama rancangan itu agak kurang menyakinkan dan dikiritik oleh dua juri tetap, Adlin Aman Ramlie dan Azmeer, pemuda ini berjaya membuktikan yang dirinya mampu bersaing dan maju di konsert-konsert seterusnya.
Bermula di konsert kedua, pemuda ini kian bangkit dan berjaya menyampaikan lagu Ku Akui nyanyian asal Hafiz dan Sedang Ingin Bercinta dengan baik lantas meraih semula kepercayaan pihak juri serta Dayang Nurfaizah sendiri. Pada minggu ketiga, pemuda itu sekali lagi berjaya menyampaikan lagu Kasih Tak Sampai nyanyian asal kumpulan Padi dan
menerusi pusingan kedua, lagu Kaulah Segalanya duet bersama Azlan (Typewriter) dengan cermerlang melayakkan beliau dan Dayang melangkah ke peringat separuh akhir. Azmil dan Dayang muncul sebagai juara konsert minggu sebanyak dua kali berturut-turut di peringat battle.
Di malam peringat separuh akhir, sekali lagi beliau muncul sebagai Juara Konsert menerusi lagu medley Pupus dan Sephia. Dan di malam konsert akhir yang berlansung pada 22 Februari lalu, beliau bersama Dayang Nurfaizah diangkat sebagai juara untuk Mentor Legend musim ini. Lebih manis lagi apabila pengacara Awal Ashaari mengumumkan markah penuh daripada juri profesional yang diperolehi Azmil menerusi 3 buah lagu yang disampaikan beliau pada malam itu. Pusingan pertama duet bersama Mentor menyanyikan lagu Medley Jatuh Cinta dan Menceceh Bujang Lapok. Pusingan kedua, Menanti Sebuah Jawapan diiringi alunan piano pengarah muzik Faizal Uzir dan pusingan terakhir pada malam itu, duet bersama Mimie One Nation Emcee menerusi lagu Naluri Lelaki yang digubah menjadi funky.
DAPAT PUJIAN CAKRA KHAN
Menerusi laporan yang dipetik dari akhbar tempatan, Cakra Khan mengakui yang dirinya begitu tertarik dengan persembahan Azmil ketika menyampaikan lagu Menanti Sebuah Jawaban. “Melihat persembahan Azmil, dia mempunyai kelebihan yang tidak boleh diperjelaskan. Saya lihat dia sebagai bakat baru yang mempunyai isi dan jujur apabila menyanyi,” ujar Cakra menerusi Harian Metro.