Brunei

Hijab Sofea 2 Buat Penggambaran Di Indonesia

Rabiatul Adawiyah ketika di dalam set penggambaran Hijab Sofea 2 di Jogyakarta.

Rabiatul Adawiyah ketika di dalam set penggambaran Hijab Sofea 2 di Jogyakarta.

Bagi anda yang mengikuti drama bersiri Hijab Sofea pada bulan Ramadhan yang lepas mungkin sudah sinonim dengan wajah peneraju utama drama tersebut, Rabiatul Adawiyah. Gadis muda yang lebih mesra dengan panggilan Rabi ini merupakan pendatang baru di dunia lakonan tempatan.

Industri lakonan mahupun pembikinan drama tempatan seringkali dilihat hambar oleh para penonton. Akan tetapi, penerbitan drama ini sedikit demi sedikit sudah mula mengubah persepsi masyarakat terhadap drama terbitan tempatan. Hijab Sofea, yang merupakan drama 30 episod terbitan K-mas Media, juga berjaya membuktikan bahawa kualiti drama tempatan kian meningkat dan telahpun memberikan petanda bahawa industri pembikinan drama tempatan berpotensi untuk berkembang.

Dari sudut teknik penggambarannya pula, Hijab Sofea mempunyai mutu penggambaran yang sangat baik dan amat berbeza jika dibandingkan dengan drama-drama tempatan yang pernah diterbitkan sebelum ini. Ditambah pula dengan mutu lakonan Rabi dalam membawakan watak Sofea di dalam drama ini, sekaligus meningkatkan lagi daya tarikan drama bersiri Ramadhan tersebut.

Kru 1001bintang berpeluang menemui aktris cantik ini, walaupun beliau kini sedang sibuk dengan penggambaran sekuel kepada drama Hijab Sofea untuk siaran bulan Ramadhan yang akan datang. Ketika ditemui Rabiatul tidak kedekut untuk berkongsi serba sedikit mengenai Hijab Sofea 2.

IMG-20150401-WA0006Menurutnya, Hijab Sofea musim kedua ini agak berbeza dengan siri yang pertama kerana penggambarannya diadakan bukan sahaja di Brunei, bahkan juga dibuat selama 13 hari di Indonesia. Ianya juga melibatkan pelakon dari negara jiran tersebut. Pengalaman berkolaborasi dengan pelakon luar juga, menurutnya, membolehkan dirinya untuk berkongsi pengalaman dan ilmu lakonan.

Biarpun baru setahun jagung di dunia lakonan, dirinya gemar mengeksplorasi pelbagai watak (dari segi lakonan). Walaupun watak Sofea berjaya mengangkat namanya sebagai pelakon, Rabiatul sempat berkongsi keinginannya untuk membawakan watak sebagai wanita gila. Baginya, watak psycho tidak semestinya senang untuk dibawa. Ianya memerlukan latihan dan persediaan yang mendalam. Di samping itu juga, Rabi juga mempunyai keinginan untuk menjadi pengacara rancangan yang bersiaran secara langsung suatu hari nanti.

One thought on “Hijab Sofea 2 Buat Penggambaran Di Indonesia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s