Bagai pinang dibelah dua, Taufik Batisah dan pasangan pilihannya, Sheena Akbal, kini selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz sahaja. Majlis yang berlangsung pagi tadi ini disaksikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Laksana cincin dengan permata
Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Taufik dan Sheena. Sama-sama kita doakan semoga perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke jannah, insyaAllah. Amiin.