Malaysia

Vanidah Imran: Belajar Dulu Sebelum Jadi Pelakon

ASEAN International Film Festival & Awards atau AIFFA 2015 berlangsung dengan jayanya minggu lepas. Penganjuran festival filem yang buat kali kedua diadakan di Kuching, Sarawak ini dihasrat dapat menjadi platform bagi penggiat seni perfileman ASEAN khususnya untuk berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan dalam bidang perfileman. Malam gala bagi festival filem tersebut turut dihadiri bukan sahaja penggiat seni dan para selebriti terkemuka dari rantau ASEAN, bahkan juga dari negara-negara seperti China dan Korea.

Vanidah Imran dan suami, Rashidi Ishak

Vanidah Imran dan suami, Rashidi Ishak

1001bintang berpeluang menemu bual beberapa selebriti top serantau di acara karpet merah malam gala yang diadakan di Borneo Convention Centre itu. Salah seorang selebriti tersebut adalah Vanidah Imran, yang merupakan seorang pelakon popular dan penggiat teater dari seberang yang tidak asing lagi.

Ketika ditemui, kru 1001bintang agak terpegun dengan sifat ramah dan ceria pelakon yang kini sibuk dengan latihan teater ‘Baik Punya Cilok’ ini. Vanidah Imran, yang kekadang membahasakan dirinya sebagai Kak Vee, turut berkongsi pendapatnya mengenai penganjuran AIFFA pada kali ini. Beliau berkata AIFFA membolehkan karyawan dari rantau ini untuk mengenali satu sama lain. Menurutnya lagi, industri perfileman ASEAN boleh berdiri teguh, setanding dengan industri perfileman luar dengan adanya kerjasama serantau.

Dalam temubual ringkas berkenaan, Vee juga sempat memberi nasihat kepada anak-anak muda yang berminat untuk menceburi bidang lakonan agar mengutamakan pelajaran terlebih dahulu sebagai langkah persediaan.

Saksikan temubual tersebut di saluran YouTube 1001bintang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s