Jika sebelum ini, HBO Asia pernah melibatkan selebriti dari negara-negara serumpun Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam dalam mengalih suara filem animasi popular Madagascar 3, kini saluran TV berkenaan sekali lagi menjayakan projek yang serupa. Penonton yang meminati filem Transformers 4: Age of Extinction boleh menikmati filem berkenaan di dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia pada hari raya ini nanti di HBO / HBO HD (Astro saluran 411 / 431).
Menurut Jacelyn Kek, Ketua Jualan dan Pemasaran Affiliate di HBO Asia, projek yang menggabungkan bakat-bakat suara dari tiga buah negara ini juga merupakan buat julung kalinya HBO dan Astro bekerjasama dalam mengalih suara sebuah filem aksi, berikutan kejayaan dalam mengalih suara filem-filem animasi ke dalam bahasa tempatan sebelum ini.
Antara barisan selebriti Malaysia yang terlibat termasuklah Fahrin Ahmad, Sharnaaz Ahmad, Izzue Islam, Scha Alyahya, Akim Ahmad, Hazama Ahmad, Elizabeth Tan, Ayda Jebat dan Nabil Ahmad. Disamping itu pula, Hisyam Hamid akan mewakili Singapura melalui watak sebagai Optimus Prime dan penyanyi dari Brunei, Fakhrul Razi pula bakal tampil sebagai Lucas Flannery. Sama-sama kita nantikan pada 17 Julai ini jam 9 malam!
Waaah mcm best jerrr
LikeLike