Sejak beberapa hari yang lalu, negara dihebohkan dengan ketibaan barisan selebriti terkenal Korea ke negara ini.

Jinwoon dari kumpulan 2AM dan Nam Gyuri merupakan sebahagian daripada rombongan pertama yang hadir pada 19 Jun yang lepas.
Menurut pelbagai sumber yang boleh dipercayai, bintang-bintang Korea tersebut berada di sini bagi menjalani rakaman rancangan TV popular Law of the Jungle edisi istimewa Brunei, Hidden Kingdom. Selain Nam Gyuri dan Jinwoon dari kumpulan 2AM, antara selebriti lain yang juga turut serta menjayakan program tersebut termasuklah Chanyeol dari kumpulan EXO dan HaHa yang popular menerusi program hiburan Running Man.
Kehadiran mereka ke negara ini tidak secara serentak. Oleh sebab itulah, para peminat membanjiri Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei hampir setiap hari demi menanti dan menemui artis pujaan mereka tersebut.
Namun begitu, tidak semua artis top tersebut keluat melalui pintu utama di dewan ketibaan. Chanyeol merupakan salah seorang artis yang terpaksa keluar melalui pintu VIP oleh sebab kehadiran peminat yang terlalu ramai. Walaupun banyak yang kecewa dengan keputusan tersebut, rata-rata ramai yang menyedari bahawa ianya merupakan tindakan yang wajar dari pihak pengurusan. Keputusan tersebut dibuat bagi menjaga keselamatan orang awam serta selebriti tersebut sendiri. Beberapa gambar yang tersebar dilaman sosial memaparkan Chanyeol terpaksa berselindung disebalik dinding bagi mengawal keadaan. Biarpun begitu, HaHa yang tiba sehari selepas beliau, tiba melalui dewan ketibaan.
Law of the Jungle: Hidden Kingdom ini bakal disiarkan pada bulan Julai ini nanti.
Can’t wait to watch thissss!!!!!!!
LikeLike