Kejayaan filem tempatan, Yasmine, hasil karya pengarah wanita pertama Brunei, Siti Kamaluddin, tidak boleh disangkal lagi. Filem tersebut telah mendapat sambutan hangat, bukan sahaja di kalangan penonton tempatan bahkan juga dari media antarabangsa. Karya yang melibatkan bakat-bakat dari pelbagai negara ini juga telah mengharumkan nama negara kerana tercalon dan meraih pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Di samping itu juga, Nadiah Wahid, salah seorang pelakon tempatan di dalam filem berkenaan juga telah menerima anugerah ‘Pelakon Tambahan Terbaik’ di dalam Festival & Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA 2015) dua bulan yang lepas.
Kru 1001bintang berpeluang menemui pengarah filem tersebut untuk mengupas lebih lanjut perancangan mereka setelah kejayaan filem pertama mereka itu. Saksikan temubual eksklusif 1001bintang bersama beliau di saluran YouTube kami!