Brunei

Filem Dikritik Hebat, Pengarah Awang Semaun Saran Jangan Letak Harapan Tinggi

“Akulah Awang Semaun”, suara garau peneraju utama filem arahan Azmi Matassan jelas memenuhi pawagam sebaik sahaja ia bermula. Setelah sekian lama menunggu, SupAsta Films akhirnya berjaya membawa filem Awang Semaun ke layar perak.

image

Biarpun baru sahaja ditayangkan di pawagam, filem berkenaan sudahpun menerima kritikan di laman sosial. Namun begitu, sebagai pengarah, Azmi tetap menyarankan agar penonton tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

Menurut beliau, filem ini hanya merupakan satu filem percubaan atau experimental film. Beliau terlebih dahulu memohon maaf atas segala kekurangan dan menyarankan agar orang ramai datang untuk menyaksikan filem sulungnya tersebut.

“It’s an experimental, zero budget film. Keep your expectations low.” kata Azmi Matassan di akaun instagram miliknya.

Kru 1001bintang berkesempatan meninjau suasana sekitar hari pertama tayangan filem berkenaan pada 25hb yang lepas sekaligus mengadakan temubual bersama pengarah dan pelakon.

image

Menurut kami, filem Awang Semaun merupakan satu percubaan yang sangat berani dari pengarah untuk mengangkat wira agung tanahair ke pentas perfileman. Biarpun banyak yang harus diperbaiki terutama dari segi lakonan, penceritaan, kajian, attention to detail dan sebagainya, usaha beliau harus diberikan penghargaan.

Nantikan temubual kami bersama pelakon-pelakon Awang Semaun ketika tayangan perdana filem tersebut di saluran YouTube kami.

Semoga maju jaya. Sokonglah filem kitani!

One thought on “Filem Dikritik Hebat, Pengarah Awang Semaun Saran Jangan Letak Harapan Tinggi

  1. Saya ingin meyaksikan lagi filem ini bagi membuat kajian yang lebih meluas agar dapat memberikan input yang lebih baik. Bagaimana saya boleh mendapatkan filem ini sama ada melalui DVD atau dalam bentuk lain? saya juga ingin berjumpa dengan penulis skrip Awang Semaun.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s