Brunei / Indonesia

Fakhrul Razi Ajar Bahasa Brunei Di Panggung D’Academy Asia

OLEH: Zulhelmi Kamaluddin

‘Bisai’ itu ‘keren’ dan ‘biskita’ itu ‘kalian’ – itulah di antara perkataan-perkataan dalam bahasa Brunei yang sempat diajar oleh penyanyi kelahiran Brunei, Fakhrul Razi semalam di acara D Academy Asia.

Fakhrul Razi bersama Mimifly (peserta Malaysia) dan Danang (peserta Indonesia ) Sumber foto: Instagram Danang

D Academy Asia merupakan sebuah pertandingan nyanyian pop dangdut dan irama Melayu yang melibatkan peserta dan pengkritik dari 4 buah negara serumpun: Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

“Kalau ‘bagus’ dalam bahasa Indonesia itu ‘keren’ kan? Nah, nanti kalau ada contestants dari Brunei yang keren bagitau atau kasihtau ‘bisai’. Boleh nggak?” ujar Fakhrul Razi kepada penonton D’Academy Asia semalam.

Ternyata usaha beliau untuk mengetengahkan bahasa Brunei di peringkat serantau sedikit demi sedikit membuahkan hasil. Para pengikut beliau, khususnya dari warga bukan Brunei sudah pandai menggunakan perkataan ‘bisai’ dalam setiap komen mereka pada gambar-gambar instagram beliau. Tidak sia-sia beliau dinobatkan sebagai Duta Bahasa Brunei oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei bagi tahun 2015.

 

Mungkinkah beliau akan mengajarkan perkataan baru malam ini? Kita saksikan bersama di Indosiar atau vidio.com pada jam 18:30 (wib) atau 19:30 (bn/my/sg).

Fakhrul Razi yang popular menerusi lagu Salahkah Aku dan Senyuman Gelapmu sudah lama berkecimpung di arena seni suara di negeri kelahirannya, Brunei Darussalam. Beliau juga dikenali sebagai seorang karyawan yang serba boleh. Bukan sahaja boleh menyanyi, bahkan juga aktif dalam bidang pengacaraan di sana. Namun begitu, sejak tahun 2013, beliau mula aktif untuk mengembangkan sayap dan berkongsi karyanya keluar negara. Beliau merupakan penyanyi Brunei pertama yang tercalon di dalam Anugerah Industri Musik (Malaysia) sebelum ini.

Pemilihan Fakhrul Razi sebagai pengkritik di acara D Academy Asia merupakan satu batu loncatan buat beliau untuk memperkenalkan musik beliau di Indonesia. Dan menurut beliau di laman Instagram miliknya, beliau bersyukur atas penerimaan masyarakat Indonesia terhadap dirinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s