Persembahan peserta dari Brunei, Yaniey Junaini di pentas D Academy Asia semalam ternyata berjaya memukau para penonton. Bukan itu sahaja, Yaniey yang tampil dengan membawakan lagu ‘Air Bunga’, nyanyian asal Rita Sugiarto, berjaya menarik perhatian barisan pengkritik dan dewan juri sehingga membuatkan namanya tersenarai di tempat ke atas semalam.
Rata-rata para pengkritik berpuas hati dengan persembahan Yaniey dan merasakan beliau mempunyai tona suara dan artikulasi yang bagus serta mirip suara penyanyi dari Indonesia. Meskipun begitu, juri dari Malaysia, Pak Ngah sempat menyarankan agar Yaniey tidak mengenepikan identiti keBruneian dalam persembahannya.
MSebelum ini Yaniey pernah menyertai pertandingan realiti hiburan di Brunei namun tersingkir pada minggu ke tiga disebabkan oleh pemberian lagu yang salah. Namun begitu, penyertaannya di pentas D Academy Asia merupakan satu peluang bagi Yaniey untuk mencapai impiannya sebagai penyanyi dangdut.
Malam ini Yaniey sekali lagi akan membuat persembahan bersama-sama 3 peserta yang lain. Markah yang dikutip peserta semalam akan diakumulasikan dengan mata yang diberikan kepada mereka malam ini bagi menentukan siap yang akan tersingkir.
Mampukah Yaniey bertahan di kedudukan teratas malam ini? Jangan lupa saksikan D Academy Asia di saluran Indosiar atau melalui live streaming di vidio.com jam 18:30 wib atau 19:30 (bn/my/sg)