Brunei

A Band Once Kembali Gegarkan Arena Musik Tanahair!

Konsert mini yang berlangsung pada Sabtu lepas sememangnya satu kemunculan yang sangat dinanti-nantikan oleh penggemar A Band Once atau ABO. Mana tidaknya, sudah agak lama juga mereka menyepi. 

A Band Once ketika di belakang pentas Sabtu lepas | Gambar oleh : The Brunei Times

Mula dikenali pada tahun 2008 setelah mengeluarkan lagu pertama mereka yang berjudul Te’a, mereka terus-menerus berjaya menghasilkan lagu-lagu berapi yang menjadi siulan penggemar musik tempatan. Namun begitu, setelah lagu ‘Tunjukkan’ diterbitkan, band ini sepi selama hampir 2 tahun dari arena musik tanahair sehinggalah sekarang. Khabarnya, masing-masing sibuk dengan komitmen tersendiri.

A Band Once Live in JP | Gambar oleh: The Brunei Times

Jelas kumpulan yang juga kerap digelar Sheila on 7 Brunei ini, konsert yang diadakan baru-baru ini bertujuan mengubat rindu mereka terhadap peminat dan ianya adalah yang terbesar pernah mereka adakan di Jerudong Park Mini Amphitheatre, meskipun ini bukan kali pertama mereka membuat persembahan di tempat yang sama. Tharwana Harun dan FN Duo juga turut memeriahkan konsert mini berkenaan sebagai artis jemputan.

Suasana kemeriahan konsert mini A Band Once di Jerudong Park Mini Amphitheatre pada 23 Januari lepas | Gambar oleh: The Brunei Times

Ketika ditanya tentang perancangan mereka selanjutnya, A Band Once berhasrat ingin menghasilkan sebuah album pada masa akan datang. Untuk menuju ke arah itu, mereka berharap agar peminat tidak berhenti memberi sokongan. Perancangan juga pernah dibuat untuk membawa musik mereka ke arena serantau dan antarabangsa, akan tetapi menurut mereka, apa yang menjadi keutamaan sekarang ialah menjadikan musik mereka diterima di negara sendiri.

Mungkinkah ini langkah awal untuk A Band Once bergiat aktif kembali? Kita tunggu dan lihat saja ya… 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s