Pengarah terkenal, Michael Ang kembali lagi dengan drama bersiri terbarunya, sebuah adaptasi novel karya Aesya Azahar, ‘Isteri vs Tunang’.
Antara pelakon-pelakon hebat yang terlibat termasuklah Hisyam Hamid yang memainkan watak utama Zaim Azfar, Scha Al-Yahya sebagai Alana Sofea dan Sharifah Sakinah sebagai Amira Irdina.
Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.
Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.

Scha Alyahya memegang watak Alana dalam ‘Isteri VS Tunang’ | Sumber foto: Scha Alyahya for fashionvalet
Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim.

Sharifah Sakinah memegang watak Amira dalam ‘Isteri VS Tunang’ | Sumber foto: pepatungmy / PINOGRAPHY
Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga.
Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya. [Sumber: tehsirap.com]
Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Dan yang manakah akhirnya menjadi pilihan? Kita nantikan bersama ..
Bagi awda yang berada di Brunei, Malaysia dan Singapura, jangan lupa saksikan drama bersiri terbitan Cube Film Sdn Bhd yang akan mula bersiaran malam ini jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.