Brunei

Kuikhlaskan Kepergianmu, Mei Ini

Mungkin ramai yang belum sinonim dengan nama Mu’iz Bakar, seorang pendatang baru dalam industri lakonan tanahair. Sudah mewarnai industri ini seawal usia 7 tahun lagi, Mu’iz kini berjinak-jinak pula di dalam dunia pengarahan. Keputusan beliau untuk mencuba cabang baru industri hiburan ini disambut baik ramai pihak. Baru-baru ini, pengumuman oleh Vertex Visul Films untuk mencari bakat baru dalam bidang lakonan banyak tersiar di akhbar-akhbar tempatan dan ianya disambut baik dengan penyertaan yang memberangsangkan.

Vertex Visual Films akan menerbitkan filem pendek pertama mereka di bawah arahan Mu’iz Bakar. Filem pendek berjudul ‘Kuikhlaskan Kepergianmu’ tersebut dijangka akan disiarkan melalui laman sosial YouTube dan Facebook pada penghujung bulan Mei ini. Kru 1001bintang berpeluang menemubual pengarah muda ini bagi mengorek persediaan disebalik tabir pembikinan filem pendek tersebut.

Ketika ditanya mengapa membuat keputusan untuk mencuba nasib sebagai pengarah, Mu’iz secara jujur menjawab bahawa pegalamannya sebagai pelakon selama ini membuatkan beliau tertanya-tanya bagaimana rasanya menjadi seorang pengarah dan akhirnya membuat keputusan untuk menubuhkan syarikah produksi sendiri. Menurut beliau, bekerja disebalik tabir lebih mencabar. Pengarah bertanggungjawab yang besar dalam penghasilan sesebuah filem atau drama dan tanggungjawab ini bermula dari awal hingga ke akhir pembikinan sebuah karya – berbeza dengan tanggungjawab seorang pelakon. Beliau ingin penonton mengalami sendiri mainan emosi melalui filem pendek arahan beliau ini nanti.


Meskipun penggambaran untuk filem pendek ini memakan masa selama 5 hari sahaja, akan tetapi oleh sebab para pelakon dan kru produksi mempunyai komitmen-komitmen mereka tersendiri, ianya hanya dijalan 3 kali pada hari Jumaat dan 2 kali pada hari Ahad. Mu’iz juga gembira kerana pelakon-pelakonnya faham apa yang diinginkan untuk karakter masing-masing dan ini menjadikan tugasnya sebagai pengarah menjadi lebih mudah. Emosi yang mereka sampaikan begitu memuaskan sehinggakan pada satu sesi, beliau tidak terdaya untuk menyebut ‘Cut!’ kerana tersentuh dengan emosi, katanya dalam nada bergurau.


‘Kuikhlaskan Kepergianmu’ merupakan hasil tulisan Mu’iz Bakar sendiri. Ianya menceritakan tentang kehidupan Azra, seorang gadis yang disahkan menghidap penyakit Glioblastoma. Disebabkan keadaannya, Azra mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari semua rakan-rakannya termasuklah Anaqi, pasangannya sendiri. Filem pendek ini akan dibintangi oleh Nyssa Hm, Firdaus Abdullah, Nazirul Mubin, Atikah Hamzah dan Hilmi Zulhairi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s