Brunei

Adam Groves Perjelas Isu Judul Bahlol

OLEH: Zulhelmi Kamaluddin & Adi Faiz Jaludin

Kehadiran kru 1001bintang ke studio Visual Dimensions disambut ramah oleh Adam Groves, pengarah filem Bahlol (atau kini dikenali sebagai Primajaya). Perbualan kami bersama Adam, yang juga merangkap penerbit filem yang bakal ditayangkan pada 15 September ini, terasa sangat santai – tidak seperti temubual-temubual yang pernah kami buat sebelum ini.

Sedikit latar belakang ringkas mengenai Adam Groves: Beliau merupakan anak tempatan kelahiran Kuala Belait yang sudah lama bertapak di arena seni tempatan. Adam Groves memang dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara, terutama di laman sosial. Bagi yang tidak atau belum mengetahui, beliau merupakan pengarah dan penerbit ‘Break’, sebuah web series Brunei yang pernah popular di laman YouTube beberapa tahun lepas.

Tarikh 15 September yang dipilih sebagai tarikh keramat bagi penayangan filem sulung beliau ini, menurutnya merupakan tarikh yang tepat. Meskipun masih ada kurang lebih 4 bulan lagi sebelum filem ini ditayangkan kepada orang ramai, beliau tetap optimis dan menurut beliau, waktu yang panjang ini akan digunakan sebaik mungkin bagi tujuan promosi dan pemasaran filem sulung beliau ini nanti.


Apabila membahaskan tentang cabaran yang dihadapi sepanjang pembikinan film ini, beliau langsung menyatakan bahawa pengurusan jadual pelakon merupakan salah satu cabaran yang paling sukar yang harus mereka hadapi. Disebabkan oleh komitmen masing-masing, Adam mengakui semamangnya agak sukar untuk memastikan semua kru dan pelakon yang diperlukan untuk sesuatu babak itu untuk hadir pada masa yang sama. Disebabkan itu jugalah, kebanyakan sesi penggambaran dibuat pada setiap hujung minggu sahaja.

Namun begitu, Adam mengakui bahawa dugaan yang paling berat yang harus dihadapi oleh mereka sepanjang penggambaran ialah apabila mengalami kesukaran untuk mendapatkan lokasi bagi babak penting bagi filem tersebut. Permohonan beliau untuk melakukan penggambaran babak di hospital ditolak berkali-kali. Akhirnya, beliau terpaksa mengubah skrip dan jalan cerita sekaligus.

“Satu keputusan yang memeranjatkan kru dan para pelakon saya,” ujarnya sambil tegelak.

Proses pembikinan filem ini memakan masa selama lebih 2 tahun, walaupun niat Adam untuk membuat filem sudah wujud sejak tahun 2006 lagi. Namun, dirinya benar-benar terinspirasi untuk membuat filem setelah menerima suntikan motivasi dari pengarah asal negeri jiran, Khairil M Bahar. Akhirnya, pada tahun 2014 bermulalah penggambaran filem yang pada awalnya dipanggil ‘Bahlol’ ini.

Isu perubahan judul filem

Perubahan judul filem dari ‘Bahlol’ ke ‘Primajaya’ sememangnya telah mengejutkan ramai pihak. Adam sendiri mengaku bahawa ada pihak yang tidak menyambut baik perubahan pada judul filem sulungnya itu kerana ramai yang sudah sinonim dan ternanti-nantikan filem tersebut. Apatah lagi perubahan itu dibuat setelah sesi penapisan filem dilakukan.

Gambar yang dimuat naik di laman sosial rasmi milik Visual Dimensions Production ketika mengumumkan nama baru filem mereka.

“Setelah difikirkan kembali, teguran dari badan penapisan tersebut adalah wajar menurut saya.” ulas Adam Groves mengenai perubahan judul.

Ramai yang tidak tahu, bagi mengelakkan penggunaan perkataan ‘Bahlol’ di dalam poster, filem yang kini dinamakan ‘Primajaya’ ini hampir dinamakan’Al-Bahlol’ atas saranan beberapa pihak!

“Saya tidak mahu orang menyangka ini filem Arab pula,” katanya lagi sambil tergelak. “Tambahan pula, filem ini beri rating X oleh badan penapisan Brunei atas sebab kekasaran bahasa dan konsep. Saya tidak mahu memberikan mesej yang salah,” jelasnya.

“Batman lives in Gotham, Superman lives in Metropolis, Arrow lives in Star City, The Flash lives in Central City, Cicakman lives in Metrofulus, Bahlol lives in Primajaya.” – penerangan Visual Dimensions Production di laman Facebook

“Walaupun ianya mungkin bukan sesuatu yang dimahukan oleh kebanyakan pembikin filem, akan tetapi kami malah gembira dengan rating berkenaan. Ini merupakan filem ‘X-rated’ pertama Brunei!” katanya dalam nada teruja.

Filem ini mengisahkan tentang Zack, seorang jejaka penggemar komik yang juga bekerja sebagai pelayan restoran yang tinggal di daerah yang dipanggil Primajaya – sebuah kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi. Keputusan Zack untuk membantu mengurangkan kadar jenayah di Primajaya tidak disambut baik oleh masyarakat setempat sehingga akhirnya digelar ‘Bahlol’ di media sosial. Keadaan menjadi rungsing apabila, Eric, seorang ketua pengedar dadah di Primajaya mendapat tahu bahawa Zack merupakan punca kerugian yang dialaminya sejak akhir-akhir ini.

Bagaimana kesudahan kisah ini? Saksikan beramai-ramai di pawagam seluruh negara bermula 15 September ini!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s