Brunei / Malaysia

Fazura Lancarkan Jenama Tudung Di Brunei

OLEH: Zulhelmi Kamaluddin

Jika sebelum ini, Fazura berkunjung ke negara ini untuk mempromosi koleksi lebaran di bawah jenama My House of Doll miliknya.

Kini beliau datang lagi ke sini untuk memeriahkan ekspo fesyen Muslimah terbesar Brunei, BIFEX 2016 yang berakhir semalam. Di sini beliau sempat melancarkan penjualan ‘Doll Scarves’ buat pertama kalinya di Brunei sebelum dijual di laman sesawang My House of Doll besok.

Pelancaran Doll Scarves diadakan buat pertama kalinya di Brunei (BIFEX2016)

Mungkin ramai yang sudah maklum tentang kebiasaan pelakon dan penyanyi cantik ini mengenakan hijab pada setiap bulan puasa untuk menghormati bulan Ramadan. Jika sebelum ini, beliau pernah dikritik kerana hanya mengenakan selendang di bulan Ramadan.

Fazura tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei semalam bagi menghadiri pelancaran jenama tudung terbaru miliknya, Doll Scarves di ekspo fesyen muslimah terbesar Brunei (BIFEX 2016). Foto: @songketwedding

Namun,tindakan beliau untuk tampil bertudung bawal tahun ini disambut baik peminat. Rata-rata ramai yang memuji dengan tindakan beliau mengenakan hijab penuh tersebut.

Doll Scarves akan dilancarkan di http://www.myhouseofdoll.com besok pada jam 12 tengahari

Di saat ramai artis berlumba-lumba untuk menghasilkan jenama shawl mereka tersendiri, Fazura membuat kelainan untuk mengeluarkan jenama tudung bawal.

img_9375

Fazura bergambar dengan peminat ciliknya selepas pelancaran Doll Scarves yang di Brunei.

p/s: Pernahkah awda menyaksikan Fazura berbicara dengan menggunakan perkataan-perkataan Brunei? Tonton ‘mini gameshow‘ 1001bintang, eksklusif bersama Fazura di pautan di bawah ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s