Brunei

‘Candas Aidilfitri’ Satukan Personaliti Media Sosial

OLEH: Zulhelmi Kamaluddin & Adi Faiz Jaludin

Hari Raya adalah masa yang amat dinantikan kerana inilah masanya untuk kita mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama yang lain sama ada yang jauh atau yang dekat. Pada masa yang sama, di musim hari raya inilah selalunya akan ada video-video atau filem-filem pendek yang akan memberi kesan kepada penonton media sosial.

Lakonan mantap gandingan Babu Sinur dan Marwan di dalam filem pendek terbitan CANDAS.

Pertemuan kami bersama penerbit Syukri JR, penulis Aqida Sabri serta orang-orang kuat di sebalik pembikinan filem pendek ‘Candas Aidilfitri’ yang lain dibuat sejurus sahaja mendapat tahu tentang filem pendek terbitan Candas Creative Company tersebut.

Jika sebelum ini, Candas pernah menerbitkan filem-filem pendek seram dengan bekerjasama dengan syarikat produksi tempatan lain, kali ini mereka bergerak sendiri dalam penghasilan video pendek Aidilfitri.

“Penggambaran filem pendek ini sebenarnya dijadualkan untuk disiarkan sebelum tibanya Hari Raya. Akan tetapi, disebabkan oleh beberapa kesukaran dalam proses suntingan, akhirnya ia tergendala hingga ke hari ini,” jelas Aqida Sabri (YouTube: Jest Qiddin) yang juga merupakan salah seorang penulis filem pendek ini.

LIBATKAN PERSONALITI MEDIA SOSIAL POPULAR

Apa yang membuatkan kami tertarik dengan projek terbaru Candas kali ini ialah keterlibatan beberapa personaliti-personaliti media sosial yang sangat dikenali di kalangan masyarakat Brunei. Akhirnya, personaliti media sosial tempatan dapat disatukan di dalam video Hari Raya terbitan Candas.

Filem pendek ini turut dijayakan oleh, Ibrahim Kamit salah seorang personaliti YouTube tempatan yang sangat berpengaruh.

Siapa tidak kenal dengan Babu Sinur & Marwan – dua personaliti popular di kalangan masyarakat tempatan, dan Ibrahim Kamit – seorang personaliti popular tempatan yang lahir dari laman YouTube? Nama-nama baru seperti Muiz Zamri, Haziq Aziz dan Jest Qiddin juga terlibat langsung dalam penghasilan filem pendek ini. Tidak dinafikan, mereka ini mempunyai jumlah pengikut yang ramai di saluran YouTube dan laman sosial masing-masing

Filem pendek tulisan Aqida Sabri dan Nurainina ini juga menampilkan FN Duo dan Method6six – penyanyi berkumpulan akapella pertama Brunei, sebagai tetamu.

Muiz Zamri, Nina dan Haziq Aziz turun membintangi video pendek ini

Turut bekerjasama dalam penghasilan filem pendek arahan Nasrul Nassar dan Enny Pitar ini ialah Syazwan Sukreyy sebagai pengarah fotografi.

Setelah menyaksikan sendiri filem pendek tersebut, menurut kami, meskipun jalan cerita dan karakter setiap watak di dalam filem pendek ini perlukan lebih penggalian dan penelitian, namun percubaan Candas kerana berjaya menyatukan personaliti-personaliti media sosial popular tanahair tersebut harus diberi penghargaan.

Saksikan filem pendek Candas Aidilfitri terbitan Syukri JR di saluran YouTube CANDAS Creative Company sekarang!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s