Brunei / Indonesia

DJ Daffy Persiap Wakil Brunei Ke D’Academy Asia

OLEH: Zulhelmi Kamaluddin

DJ Daffy memang sudah dikenali sebagai seorang penyiar radio terkenal di negara ini. Penglibatannya di arena seni hiburan tempatan tidak saja terhad sebagai penyiar radio di Kristal FM sahaja. Sebelum ini beliau pernah bekerja bersama Radio Televisyen Brunei (RTB), juga sebagai penyiar radio.

Kini, beliau melebarkan sayapnya untuk memperkembang dan mempromosi bakat-bakat tempatan menerusi syarikat rakaman dan pengurusan Octove Records Sdn Bhd. Antara artis tempatan yang berada di bawah naungan syarikat tersebut termasuklah Maria Aires dan Affendy Agus, seorang penyanyi veteran yang popular di sekitar tahun 80-an.

Tahun lepas, DJ Daffy aktif bukan sahaja sebagai juri wakil Brunei di sebuah rancangan nyanyian popular di Indonesia, Dangdut Academy Asia (DAAsia), bahkan juga menjadi pengurus bagi wakil-wakil negara ini ke pertandingan besar yang melibatkan peserta-peserta dari negara-negara serumpun tersebut.

“Saya tidak mahu memengang position yang terlalu tinggi,” jelasnya kerana enggan digelar sebagai ‘Ketua Rombongan’ negara ke pertandingan tersebut. Di edisi kedua ini pula, Octove Records sekali lagi dipilih untuk menjadi talent scout Brunei untuk pertandingan ini.

Beliau juga sempat mengulas tentang kontroversi wakil Brunei yang dihantar pada tahun lepas di mana menurutnya, pihaknya diberikan masa yang singkat untuk mencari wakil dan berharap pada tahun ini dapat menghantar wakil-wakil yang terbaik untuk Brunei.


Audisi Dangdut Academy Asia untuk wakil Brunei akan diadakan pada esok hari, Jumaat 12 Ogos 2016 di Royal Brunei Recreation Club, Berakas.

Pandangan Terhadap Arena Musik Tempatan

Ketika ditemui juga, kami sempat bertanyakan pendapat beliau mengenai artis-artis tempatan yang keluar membawa nama negara.

“Nama-nama seperti Fakhrul Razi, Jaz Hayat dan Aziz Harun membentuk (identiti) Brunei, agar orang luar lebih mengenali siapa orang-orang Brunei ani sebenarnya. Alhamdulillah. Good job untuk artis-artis kitani”

Saksikan video temubual kami bersama DJ Daffy di bawah untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang kritiria yang dicari untuk wakil Brunei ke D’Academy Asia tahun ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s