Malaysia

Misi Survival Azmil Karim

OLEH: Ms Meddy untuk 1001bintang

imageBelum setahun pemuda ini menerpa nama, boleh dikatakan tuah menyebelahi penyanyi yang bakatnya dicungkil menerusi rancangan realiti ‘Mentor Legend’ sekitar tahun 2015 di mana single pertamanya yang berjudul ‘Nyawaku’ ciptaan sepenuhnya komposer terkenal Edry Abdul Halim layak memasuki Separuh Akhir Muzik Muzik 30 akhir tahun lalu.

Namun, jika diukur dari sudut populariti, sepertinya Azmil masih perlu berusaha untuk ‘memperkenalkan’ dirinya serta membawa produk yang lebih meyakinkan agar dapat menarik minat pengikut dunia seni hiburan Malaysia.

Dalam pada itu, usaha pemuda ini tidak boleh dipandang enteng. Buktinya, Azmil terus tampil dengan single kedua berjudul ‘Tanpa Dia’ dan terbaru lagu yang diberi judul ‘Jam 5’ sebagai langkah untuk namanya terus kekal diingati dan dikenali.

Transisi muzik yang dilakukan Azmil kelihatan begitu ketara. Daripada lagu yang bergenre ‘balada’, pemuda ini kini tampil bersama lagu ‘Jam 5’ yang bergenre ‘pop’. Dan pada pandangan peribadi penulis yang mengikuti perjalanan seni pemuda ini bermula daripada ‘Nyawaku’ lagi, single terbaru ‘Jam 5’ ini seakan menjadi penanda aras di mana ‘Azmil Karim’ sepertinya telah menemukan formulanya sendiri meskipun masih terlalu awal untuk penulis meramalkan ‘jangka hayat’ lagu ‘Jam 5’ ini. Namun dari sudut pandang seorang pengikut kerjaya seni penyanyi ini, lagu ‘Jam 5’ ini diharapnya dapat membawa tuah kepada pemuda asal Sabah ini.

Untuk mengikuti perkembangan terkini Azmil, boleh ikuti: Instagram, Facebook, Twitter & YouTube beliau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s