Brunei

BEST914 Kembali Lagi!

OLEH: Zulhelmi Kamaluddin

‘Dari gagang telefon ke pentas hiburan’ – Best914 merupakan sebuah rancangan nyanyian anjuran Radio Televisyen Brunei dan Pelangi FM, dan sudah memasuki tahun penganjurannya yang ke 13.

Permulaannya

Pencarian peserta dibuat melalui gagang telefon secara langsung pada setiap hari Rabu jam 4 petang menerusi rancangan ‘Vokal Pelangi’ – sebuah rancangan yang dulunya dikenali sebagai ‘Tolak Satu, Ambil Satu’.

Sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2002, BEST914 telah melahirkan ramai artis-artis yang namanya kini sudah sangat dikenali di negara ini, di antaranya termasuklah Neff Aslee, Rapul Rezal dan Dayat Ahim.

BEST914 Tahun Ini

Pada tahun ini, lapan orang peserta akan bertanding di pentas BEST914 yang akan diadakan pada 27 Ogos 2016 jam 8:15 malam di Dewan Utama, Kompleks Kemasyarakatan Pekan Tutong. Jom kita berkenalan dengan mereka!

AM | Muhd Khairunnizam | Peserta BEST914 2016

AM | Pemuda berusia 27 tahun ini aktif menjadi tenaga pengajar nasyid dan tausyeh di institut-instutut tinggi dan sekolah-sekolah menengah seluruh negara. Am juga gemar bermain piano dan bersukan.

DDK IZYAN | Dk Nur Izyan Filzah bte Pg Yusoff | Peserta BEST914 2016

DK IZYAN | Anak ketiga dari 6 orang adik-beradik ini menggambarkan dirinya sebagai seorang yang sangat mandiri. Beliau merupakan seorang bekas penuntut Sekolah Menengah Perdana Wazir dan pernah memenangi beberapa pertandingan nyanyian di sekolahnya sebelum ini. Dk Izyan juga merupakan salah seorang finalis BEST914 edisi ke 12.

ELY | Nurul Aliah binti Abdullah | BEST914

ELY | Gadis berusia 22 tahun ini merupakan seorang yang sangat puitis. Pernah menyertai Bintang Kecil pada tahun 2006 dan Stardom Quest pada tahun 2012, Ely gemar menyanyi dan menulis lirik pada masa lapang.

image1 (1)

KHAIRUN | Dk Khairunnafisah bte Pg Kamaruddin | Peserta BEST914 2016

KHAIRUN | Peserta BEST94 yang berasal dari Kampong Rimba ini merupakan seorang yang sangat meminati genre dangdut. Tidak ramai sebenarnya anak muda yang meminati genre tersebut. Siapa tahu, selepas berakhirnya BEST914 kali ini, Khairun akan menjadi salah seorang pejuang genre muzik tersebut di negara ini.

ROSE | Siti Fairuz Hj Ibrahim | Peserta BEST914 2016

ROSE | Rose pernah memenangi tempat ketiga di pertandingan nyanyian Bintang Radio 2009, 2011 dan 2013. Untuk pengetahuan awda juga, Rose merupakan juara BEST914 pada tahun 2011 dan sememangnya, penyertaan beliau dikeluaran BEST914 kali ini akan memberikan saingan yang sengit kepada peserta yang lain.

YANIEY | Siti Mariani binti Mohd Junaini | Peserta BEST 914 2016

YANIEY | Muzik mungkin sudah sebati dengan peserta kita seorang ini. Yaniey, merupakan seorang yang sangat aktif dalam menyertai pertandingan-pertandingan nyanyian anjuran RTB sendiri. Beliau menjadi johan RTB-Giant Talent pada tahun 2011 dan pernah menjadi finalis Bintang Radio pada tahun 2012. Pada tahun lepas pula, beliau merupakan satu-satunya wakil negara ke pertandingan nyanyian D’Academy Asia di Indonesia yang termasuk di senarai TOP10 pertandingan tersebut.

ZACK | Shaiful Bahrin Abd Rahman | Peserta BEST914 2016

ZACK | Meskipun berkhidmat sebagai anggota polis sebelum ini, ianya tidak menghalang peserta ini untuk memperjuangkan minatnya di dalam bidang nyanyian. Beliau sering memenangi pertandingan-pertandingan nyanyian terbuka anjuran Jabatan Polis Diraja Brunei.

ZULHELMI | Muhammad Zulhelmi bin Mohd Junaini | Peserta BEST914 2016

ZULHELMI | Bekas finalis Bintang Kecil tahun 2007 ini bukan sahaja seorang yang sangat aktif dalam bidang nyanyian, bahkan juga dalam seni pementasan teater dan syarahan. Pernah menjad naib johan pertandingan nyanyian anjuran D’adwa sebelum ini, Zulhelmi juga merupakan seorang yang gemar berceloteh. Mungkin disebabkan itu jugalah beliau menjadi ahli kumpulan teater Putra Seni sejak tahun 2009.

***

Pemenang pada malam itu akan ditentukan oleh barisan juri khas yang telah dilantik. Namun begitu, pendengar Pelangi FM dan orang awam berpeluang untuk memilih siapakah yang akan menjadi ‘Peserta Pilihan Pendengar’ dengan menekan ‘Like’ pada gambar peserta yang telah dimuat naik di akaun instagram Pelangi FM. Undian akan ditutup pada hari Jumaat, 26 Ogos 2011, tepat jam 11:59 malam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s