Brunei / Singapura

RAPSODI2016 Dapat Sambutan Hangat, Tiket Masuk Habis Kurang Dari 3 Jam

Rapsodi – Sebuah rancangan hiburan terbitan bersama RTB dan Mediacorp Singapura yang menyatukan artis dari dua buah negara di satu pentas yang sama kini kembali!

Namun, siapa sangka tiket masuk yang diedarkan secara percuma mendapat sambutan diluar jangkaan. Tiket yang mula diedarkan di RTB Bandar Seri Begawan pada hari Isnin yang lepas telah habis sekelip mata kurang dari 3 jam selepas ianya diedarkan.

Apa tidaknya, gabungan artis dari kedua-dua buah negara yang akan menjayakan Rapsodi 2016 kali ini memang cukup mantap dari segi vokal dan persembahan pentas. Bukan itu saja, mereka juga mempunyai peminat dan pengikut yang ramai serta ‘crowd’ yang tersendiri.

Barisan artis yang terlibat termasuklah Yaniey Junaini, Rapul Rezal, Rizal Rasid dan Syasya Sahira

Aziz Harun yang pernah memenangi penghargaan di Anugerah Planet Muzik 2016 akan tampil beraksi di pentas Rapsodi kali ini bersama dengan nama-nama yang tidak asing lagi seperti, Yaniey Junaini, Rapul Rezal, Syasya Sahira, Rizal Rashid, Yazid dan Aneep.

Perwakilan Singapura dibarisi oleh dua nama besar, Aishah Aziz dan Awi Rafael yang juga akan menggegarkan pentas Rapsodi kali ini bersama dengan Sunny Jackson, Efee Ismail dan Farisha.

Tidak dinafikan gabungan kedua-dua buah negara ini adalah antara kolabrasi yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat mereka masing-masing. Tidak hairanlah apabila melihat situasi ini, ramai juga penyokong dan peminat mereka merasa kecewa kerana tidak sempat mendapatkan tiket masuk tersebut, sehingga laman sosial mereka dibanjiri oleh peminat-peminat yang masih mengharapkan tiket-tiket masuk tersebut diedarkan lagi.

Rapsodi kali ini akan berlangsung pada 26 November 2016, di Dewan Teater Jabatan Perdana Menteri, Jalan Menteri Besar. Walau bagaimanapun, tempat duduk adalah terhad. Bagi awda yang tidak sempat untuk mendapatkan tiket masuk tersebut, awda boleh menyaksikan Rapsodi 2016 secara langsung di RTB2, RTB3 HD, RTB4 International dan Nasional FM Radio Brunei, pada 26 November 2016 bermula jam 8.30 malam. Rapsodi juga akan disiarkan secara langsung di Mediacorp Suria, Singapura.

Oleh: Adi Faiz Jaludin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s