Brunei / Singapura

Persiapan RAPSODI2016 Giat Dilaksanakan

(Dari Kiri) Farisha Ishak, Yaniey Junaini, Aisyah Aziz, Syasya Sahira, Sunny Jackson dan Rapul Rezal ketika sesi latihan di Dewan Teater JPM (Brunei) | Foto: @zaimaraman (Instagram)

Rapsodi kini kembali menemui awda buat kesekian kalinya. Ini adalah salah satu program MoU yang sangat-sangat dinantikan oleh peminat-peminat muzik di tanah air. Setiap tahun pastinya Rapsodi akan membawakan satu kelainan.

Untuk tahun ini rancangan kerja sama Brunei dan Singapura tersebut membawa tema “Muzik Merentas Sempadan” yang mana lagu-lagu yang akan dipersembahkan dari kategori atau genre yang berbeza.

Aziz Harun di sesi latihan penuh semalam | Foto: 1001bintang

 

Apa yang menariknya, lagi artis-artis yang akan membuat persembahan pada malam itu nanti akan membawakan genre lagu yang bukan selalu mereka nyanyikan.

Minggu ini merupakan minggu yang sangat sibuk bagi semua penyanyi dan kru produksi yang terlibat dan sememangnya, persiapan yang rapi adalah sangat penting bagi memastikan malam Rapsodi kali ini berjalan dengan lancar. 

Pendatang baru Rizal Rasid dan penyanyi tinggi lampai dari Singapura, Aisyah Aziz juga digandingkan bersama pada malam itu nanti. | Foto: 1001bintang

Rapsodi 2016 akan diadakan buat julung jalinya di Dewan Teater Jabatan Perdana Menteri (Brunei) dan akan disiarkan secara langsung di RTB2, RTB3 HD, Nasional FM Radio Brunei dan Mediacop Suria Singapura pada jam 8:30 malam ini. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s