Brunei / Singapura

Bakat Baru Menyerlah Di Rapsodi2016

RAPSODI 2016 yang berlangsung semalam berjaya mengetengahkan artis-artis muda dan berbakat dua negara, Brunei Darussalam dan Singapura, dengan membawa tema ‘Muzik Merentas Sempadan’.

Dengan membawakan 5 elemen muzik; Oriental Music, Middle Eastern, British-Inspired Music, Bollywood dan Top Hits, cukup bersesuaian dengan tema Rapsodi kali ini. Apa yang menariknya lagi dengan tema ini menampakkan lagi variasi vokal dan gaya persembahan artis pada malam tersebut. Antara nama-nama besar dari kedua negara seperti Awi Rafael, Aziz Harun, Aisyah Aziz, Yaniey Junaini dan Rapul Rezal juga memberi impak yang sangat meriah di Dewan Teater, Bangunan Jabatan Perdana Menteri semalam dan dihoskan oleh Dayangku Moniri dari Brunei Darussalam, manakala Shahril Wahid menjadi wakil pengacara dari Singapura.

Persembahan lagu ‘Pencuri Hati’ oleh Yaniey Junaini, Rizal Rasie, Farisha Ishak, Awi Rafael dan Syasya Sahira dalam 5 genre | Foto oleh: MuzicLabStudio

Wajah Baru Beri Suntikan Istimewa  

Bakat-bakat baru dan meningkat naik dipersada muzik Brunei dan Singapura seperti Elfee Ismail, Sunny Jackson, Syasya Sahira, Rizal Rasid, Farisha Ishak, Yazid dan Aneep menambahkan lagi seri Rapsodi yang juga disiarkan langsung dari RTB, Nasional FM Radio Brunei dan Mediacorp Suria Singapura. Siapa sangka mereka mampu membuat persembahan yang baik dipentas rapsodi kali ini.

Ramai Yang Kagum: Penampilan Vokal dan Gaya Persembahan Yang Sangat Profesional Di Luar Jangkaan!

Lagu ‘Warna Cinta’ yang dipetik dari filem Dilwale merupakan salah sebuah persembahan yang sangat digemari semalam. 

Sebuah gandingan istimewa salah seorang pendatang baru di arena muzik tanah air, Rizal Rasid, bersama seorang penyanyi yang mempunyai nama yang cukup besar di rantau ini, Aisyah Aziz. Ini terbukti apabila para penonton yang hadir semalam memberikan tepukan yang sangat gemuruh buat persembahan tersebut.

Antara persembahan yang berjaya menawan hati penonton semalam. Gandingan hebat Aisyah Aziz & Rizal Rasid | Foto oleh: @RizalAzhimanRasid (Instagram)


Aziz Harun dan Sunny Jackson – dua nama yang meningkat naik ini juga berjaya menggegarkan Dewan Teater JPM semalam dengan lagu ‘Tertipu’.

Dalam pada itu, memang tidak disangkalkan lagi kebolehan salah seorang peserta program realiti popular Singapura – SG Mania, Sunny Jackson dari segi vokal kerana mampu menyayikan berbagai genre lagu berbeza dan mampu menguasai pentas dengan sangat mantap.

Bertenaga sungguh Sunny Jackson dan Aziz Harun menyanyikan lagu ‘Tertipu’. | Foto oleh: MusicLabStudio


Berbadan kecil namum mempunyai suara yang lantang dan merdu, Syasya Sahira dan Farisha Ishak mampu memukau penonton dengan menyanyikan lagu ‘Warkah Cinta Dunia’. Walaupun penyanyi asal untuk lagu ini adalah seorang lelaki, Aqmal, namun Syasya dan Farisha berhasil membawakan lagu ini dengan gaya yang tersendiri dan menunjukkan kebolehan vokal mereka dengan membawakan lagu di luar zon selesa mereka. Begitu juga dengan Rapul Rezal, yang selalunya membawakan yang berirama perlahan, nanum semalam Rapul menyanyikan pelbagai elemen muzik, bermula dari muzik oriental ke lagu berirama padang pasir ‘Damba’ dan seterusnya lagu yang sangat groovy menerusi lagu ‘Membisu’.

Sementara itu, persembahan Elfee Ismail bersama Awi Rafael menerusi lagu Manusia Sempurna tidak kurang hebatnya. Lagu ‘Manusia Sempurna’ nyanyian asal Awi Rafael dan Ayai Ilusi, baru-baru ini telahpun memenangi Kolabrasi Terbaik Artis di APM2016. Walau bagaimanapun, Elfee Ismail yang dianugerahkan sebagai ‘Bintang Klasik Nusantara’ pada tahun 2007, tidak menghampakan penonton kerana vokalnya yang tinggi mampu menarik perhatian mereka. Turut memeriahkan Rapsodi semalam, penampilan khas dari Yazid dan Aneep menerusi lagu ‘Raja Gelek’ bersama-sama Yaniey Junanini, Aisyah Aziz dan Syasya Sahira. 

Barisan penyanyi latar Rapsodi 2016 semalam.


Persembahan Penutup Yang Berkesan

Menariknya, lagu penutup Rapsodi, ‘Yang Penting Happy’ dipersembahkan oleh kesemua artis kedua buah Negara menyempurnakan malam Muzik Merentas Sempadan kerana lagu tersebut amat sesuai dan memberikan penutup yang sangat gempak.

Aisyah Aziz, Awi Rafael, Syasya Sahira dan Aziz Harun ketika mempersembahkan lagu finale di Rapsodi 2016 | Foto oleh: MuzicLabStudio


Inshaa Allah, Rapsodi akan menemui awda lagi tahun hadapan di Singapura sebagai tuan rumah. Apakah tema yang akan dibawakan? Siapakah perwakilan dari setiap negara? Kita nantikan bersama.

Oleh: Adi Faiz Jaludin & Zulhelmi Kamaluddin

Foto Oleh: MuzicLabStudio

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s