Tidak dinafikan lagi, Lara Alana, anak kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya, mempunyai peminat yang ramai, bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di Brunei dan Singapura.
Mana tidaknya, gelagat lincah dan perkembangan si comel tersebut boleh diikuti terus melalui akaun Instagram mereka.
Kehadiran keluarga selebriti popular, Schawalara, buat pertama kalinya ke Brunei Darussalam ini merupakan saat yang sangat-sangat dinantikan oleh warga Brunei.
Awal Ashaari, Scha Alyahya dan anak mereka, Lara Alana hadir ke sini bagi mempromosi produk Schawalara di ekspo KL Fashion Tour yang berlangsung selama 3 hari bermula semalam, 31 Mac 2017 sehingga hari Ahad, 2 April 2017, bertempat di Indra Samudera Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club.
Antara selebriti lain yang dikhabarkan akan turun padang ke ekspo berkenaan termasuklah pelakon popular, Fattah Amin dan Aflin Shauki.