
Nora Danish dalam Surga Yang Tak Dirindukan 2 | Sumber foto: Rojak Daily
Pada bulan Februari yang lepas, pelakon jelita Nora Danish sibuk mempromosi filem terbarunya, Surga Yang Tak Dirindukan, di bawah arahan pengarah terkenal Indonesia, Hanung Bramantyo. Filem yang sangat dinanti-nantikan oleh masyarakat tempatan tersebut juga merupakan filem kedua beliau di bawah produksi dari negara jiran tersebut.

Nora Danish & Nedim Nazri di Majlis Pernikahan yang berlangsung Jumaat lepas | Sumber foto: Instagram @noradanish
Namun, siapa sangka dalam masa yang sama beliau juga sedang giat membuat persiapan untuk majlis pernikahannya dengan Nedim Nazri.
Selepas 8 tahun bergelar ibu tunggal, Nora akhirnya menamatkan status tersebut di dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat.

Nora Danish & Nedim Nazri di Majlis Pernikahan mereka yang berlangsung pada hari Jumaat lepas | Sumber foto: Instagram @kakifoto_
Acara Ijab Kabul pasangan Nora dan Nedim tersebut berlangsung pada malam Jumaat yang lalu di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur.

Sumber foto: Instagram @noradanish

Laudya Cynthia Bella, pelakon filem popular Surga Yang Tak Dirindukan, juga turut hadir di majlis pernikahan tersebut | Sumber foto: Instagram @noradanish