Berjaya mengalahkan Randy Pandugo dan Marthino Lio, jejaka kelahiran Brunei – JAZ atau Jaz Hayat, berjaya merangkul anugerah Pendatang Baru Paling Ngetop di SCTV Music Awards 2017 yang berlangsung pada 16 Mei lalu.

Jaz Hayat ketika ditemubual oleh media selepas menerima anugerah di SCTV Music Awards | Sumber foto: Instagram SCTV Music Awards 2017
“Atas penghargaan ini saya mau terima kasih untuk orang tua saya, semua orang dan tim yang bawa saya ke sini. Serta Jaz Squad yang sudah mendukung. Terima kasih,” ujar JAZ ketika menerima anugerah tersebut,
Antara penggiat musik Indonesia yang turut menerima penghargaan pada malam itu termasuklah Afgan, Raisa dan Armada yang masing-masing mendapat anugerah Penyanyi Solo Paling Ngetop bagi kategori Lelaki, Wanita dan Band Berkumpulan.
https://instagram.com/p/BUJxLnAgAy5/
Dalam masa yang sama, kolaborasi mantap antara Raisa dan Isyana menerusi lagu ‘Anganku Anganmu’ baru-baru ini juga turut mendapat pengiktirafan sebagai Kolaborasi Paling Ngetop di anugerah tersebut. Kerjasama tersebut telah berjaya menewaskan kolaborasi-kolaborasi hangat lain seperti Rossa dan Afgan menerusi lagu ‘Kamu Yang Kutunggu’ dan G.A.C. featuring The Overtunes dalam ‘Senyum Dan Harapan’ yang juga turut memberikan saingan yang hebat.