Perjalanan kerjaya penyanyi tersohor Malaysia, Dayang Nurfaizah nampaknya semakin bersinar. Penyanyi yang popular dengan lagu-lagu ‘Di Pintu Syurga’, ‘Lelaki Teragung’, ‘Erti Hidup’ dan ‘Seandainya Masih Ada Cinta’ ini diberi pengiktirafan untuk menyanyikan lagu tema Sukan SEA 2017 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Lagu tema temasya sukan terbesar Asia Tenggara tersebut akan dihasilkan oleh komposer terkenal, Datuk Ramli MS. Menariknya kali ini, sebagai tuan rumah, semua rakyat Malaysia dialu-alukan untuk sama-sama menghasilkan lirik bagi lagu ‘Bangkit Bersama tersebut melalui Twitter, Instagram atau Facebook dengan menggunakan hashtag: #KL2017. Menteri Belia dan Sukan, Khairy jamaluddin berucap demikan selepas pelancaran countdown 100 hari Sukan SEA 2017 baru-baru ini.
“Saya akan menyanyikan lagu tersebut secara live semasa upacara pembukaan Sukan SEA itu nanti” ulasnya.

Dayang Nurfaizah akan membuat persembahan di Upacara Pembukaan Sukan SEA 2017 di Stadium Putra Bukit Jalil | Gambar oleh: Nik Hariff Hassan
Menurut Dayang, setelah lirik tersebut siap, beliau akan memulakan latihan bagi lagu tersebut.
Upacara pembukaan temasya sukan tersebut akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 19 Ogos ini nanti. Ingin menyaksikan Dayang secara langsung di upacara pembukaan Sukan SEA itu nanti? Dapatkan tiket anda sekarang!