Malaysia

Lagu Ayda Jebat Beri Sokongan Para Atlet Sukan SEA

Ayda Jebat.jpg

Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung bermula 19 hingga 30 Ogos depan. Temasya sukan terbesar di Asia Tenggara tersebut akan melibatkan 10 negara-negara ASEAN, termasuklah Timor Leste.

Mungkin ramai yang sudah mengetahui bahawa Dayang Nurfaizah akan menyanyikan lagu tema bagi temasya sukan yang juga dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 tersebut. Namun begitu, penyanyi dan pelakon terkenal Ayda Jebat juga terlibat sama untuk memeriahkan temasya sukan itu nanti melalui lagu ‘Gemuruh Suara’.

Ayda Jebat 3

“Lagu yang saya nyanyikan ini adalah khas buat penyokong menzahirkan sokongan mereka kepada atlet yang bertanding. Lagu itu merupakan sebuah lagu rancak bagi menaikkan semangat juang dalam kalangan atlet dan juga penyokong.” katanya kepada media.

Meskipun tidak menyanyikan lagu rasmi temasya sukan berkenaan, beliau tetap menyifatkan keterlibatan beliau kali ini sebagai peluang baik untuk kerjayanya.

Ayda Jebat

Ayda Jebat bersama penyanyi-penyanyi Asia Tenggara yang lain ketika mewakili Malaysia untuk rakaman lagu tema filem animasi Moana versi Bahasa Malaysia. | Sumber foto: Disney

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s