Brunei

Ada Apa Dengan Rina Kembali Dengan Sekuel Terbaru

Selepas kejayan filem pertama terbitan Regalblue Production pada tahun 2013, syarikat produksi tersebut kini kembali lagi dengan sekuel kepada filem Ada Apa Dengan Rina. Istimewanya kali ini, RINA2 dihasilkan atas kerjasama dengan syarikat produksi yang menghasilkan filem pertama Laos pada tahun 2008, Lao Art Media Co Ltd.

Tayangan perdana filem berkenaan telah diadakan semalam di Times Cineplex, Berakas. Berucap dimajlis pelancaran tersebut, Dayang Nurain Abdullah selaku penerbit filem RINA2 menyatakan bahawa salah satu objektif pembikinan filem ini adalah untuk merealisasikan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk menjadikan industri kreatif sebagai salah satu penyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

IMG_1526

Pengarah filem RINA2, Harlif Haji Mohamad

“Alhamdulillah, sehingga hari ini, termasuk filem RINA2 yang akan dilancarkan sebentar lagi, Brunei telah mengeluarkan filem untuk tayangan pawagam sebanyak 10 filem,” jelas penerbit, Dayang Nurain Abdullah, semasa tayangan perdana filem sekuel Ada Apa Dengan Rina semalam.

Seperti sebelumnya, filem terbitan Regalblue ini merupakan arahan Harlif Haji Mohamad dan dibintangi oleh barisan pelakon Brunei yang sudah cukup dikenali termasuklah Syukri Mahari, Tauffek Ilyas dan Haji Yahya Berudin. Dalam masa yang sama, pelakon dari negara Laos yang juga turut membintangi filem ini termasuklah Khouannakhone Souliyabapha, Chintana Soukkavongsa dan Phongsavanh Boulom.

Sinopsis

Hakim (lakonan Syukri Mahari) dan Faisal (lakonan Tauffek Ilyas) meneruskan perjalanan mereka untuk mencari jodoh. Ketika lawatan kerja ke Vientienne,  hubungan persahabatan mereka dicabar apabila mereka jatuh cinta kepada wanita yang sama, Mina (lakonan Khouannakhone Souliyabapha) – seorang pemandu pelancong. Apakah kesudahan cerita cinta dan persahabatan mereka? Saksikannya di pawagam berdekatan awda sekarang!

Tayangan umum akan bermula pada hari Khamis, 27hb Julai 2017 di semua cawangan Times Cineplex, Brunei Darussalam.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s