5 Fakta 1001 / Brunei

5 Fakta Mengenai ‘The Bungsu Story’

Perkembangan industri kreatif di Brunei Darussalam mungkin tidaklah sepesat dan sebesar negara luar. Namun begitu, tahun demi tahun, ada peningkatan dari segi penghasilan produk dari industri yang juga merangkumi filem, lakonan, musik, dan seni ini. Salah satu daripadanya termasuklah penghasilan The Bungsu Story.

Belum pernah mendengar tentang The Bungsu Story? Usah bimbang.  5 fakta menarik mengenainya sudah kami rumuskan untuk awda di bawah!

1. The Bungsu Story bukan filem

Perkara pertama yang harus awda ketahui, The Bungsu Story bukanlah sebuah filem. Ianya merupakan sebuah projek rintis kepada drama bersiri 13 episod yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Namun begitu, ianya tergantung kepada pelabur dan pembiayaan yang akan diterima selepas ini.

Ha, jangan ada pula yang kecewa kerana The Bungsu Story ini hanya berdurasi 30 minit!

DSC_4947 (1).JPG

Pelakon utama The Bungsu Story, Safarah Nordin di set penggambaran. | Sumber foto: Ihsan The Creative Core BN

2. Lakonan dalam Bahasa Inggeris

Ya, meskipun projek rintis ini merupakan sebuah produk kreatif Brunei Darussalam. Akan tetapi, bahasa yang digunakan di dalam drama ini ialah bahasa Inggeris. Mengapa agaknya?

Dalam temubual eksklusif 1001 dengan pengasas bersama The Creative Core BN, Charlotte Lim menyatakan bahawa mereka inginkan sebuah karya yang lebih umum dan juga boleh diterima oleh masyarakat bukan Melayu. Beliau juga menambah, ada perancangan untuk menayangkan episod penuh The Bungsu Story ini ke luar negara dan tidak mustahil, katanya jika ianya ditayangkan di platform media baru seperti Iflix!

3. Lagu tema dalam Bahasa Melayu

Satu lagi fakta menarik, meskipun drama bersiri ini berbahasa Inggeris, soundtrack asalnya menggunakan bahasa Melayu! Lagu baru berjudul ‘RASA’ yang baru diterbitkan beberapa hari lepas nyanyian Raudhah feat. Juan Madial tersebut merupakan lagu tema bagi The Bungsu Story. Kolaborasi istimewa ini juga merupakan kali pertama Raudhah, salah seorang anggota penyanyi berkumpulan acapella Method6six, ini merakamkan lagu sendiri. Menarik bukan?

4. Kolaborasi Kreatif ‘Terbesar’ Brunei

Pernahkah awda menonton filem-filem pendek dari Filterworks Production dan Azniel Yunus dari Nostrils Production? Ataupun mendengar berita tentang The Creative Core BN? Bagaimana pula dengan nama-nama besar di arena kreatif Brunei seperti Mamat AK., Ayman Isa, Lokal Fotografi dan Moment and Time?

Bayangkan hasilnya apabila mereka semua bergabung dan bekerjasama dalam menghasilkan projek rintis ini. So cool!

DSC_4840 (1)

Aznniel Yunus dan Filterworks Production di hari ke tiga penggambaran The Bungsu Story | Sumber foto: Ihsan The Creative Core BN

5. Ditayangkan di pawagam hanya 2 minggu & tiada online!

Fakta terakhir yang harus awda ketahui adalah tentang waktu tayangan. Betul, The Bungsu Story hanya akan ditayangkan di pawagam Arena Cineplex, Kiulap selama 2 minggu sahaja bermula hari ini.

Menurut Charlotte Lim lagi, ianya tidak akan dimuat naik secara atas talian! Tidak juga di laman YouTube.  Hanya di pawagam Arena Cineplex.

Tunggu apa lagi? Dapatkan tiket awda sekarang dan tonton!

TBS.jpg

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s