Jenama terkemuka Michael Kors dilaporkan bersetuju untuk membeli jenama Jimmy Choo sebanyak 896 juta pound atau lebih RM5 billion pada hari Selasa lepas. Tindakan yang telah memeranjatkan banyak pihak ini merupakan salah satu langkah jenama Michael Kors untuk menghasilkan kumpulan jenama mewah antarabangsa yang lebih besar.

Kendall Jenner ketika memperagakan koleksi musim bunga/panas Michael Kors (Spring/Summer Collection 2017)
Jenama Jimmy Choo bermula pada tahun 1996 oleh pengasas Tamara Mellon dan anak kelahiran Malaysia, Dato Jimmy Choo. Antara selebriti dan personaliti terkenal yang kerap menggunakan jenama tersebut termasuklah mendiang Puteri Diana, Sarah Jessica Parker dan Michelle Obama, isteri mantan presiden Amerika Syarikat.

Pereka Michael Kors selepas mempersembahkan koleksi Musim Luruh 2017 di New York Fashion Week Februari lepas. | Sumber foto: REUTERS/Andrew Kelly
Namun begitu, Dato Jimmy Choo keluar dari syarikat tersebut pada tahun 2001 dan sepuluh tahun kemudian Puan Mellon pula yang meninggalkan syarikat berkenaan.
Menurut laporan media, Michael Kors dijangka akan mengembangkan lagi tawaran produk Jimmy Choo dalam masa akan datang. Selain itu juga, syarikat berkenaan juga berhasrat untuk menaikkan jualan kepada $1 billion setahun dalam masa yang sama meningkatkan jualan produk Jimmy Choo secara atas talian.

Koleksi Cruise 2017 Jimmy Choo.