Siapa tidak kenal dengan anak kelahiran Bumi Kenyalang, Henry Golding yang merupakan seorang penyampai TV yang sangat dikenali di Singapura dan Malaysia.
Terbaru, Henry dikhabarkan akan bergandingan dengan pelakon cantik, Blake Lively dan Anna Kendrick di dalam sebuah filem thriller A Simple Favor. Menurut laporan media, beliau akan memegang watak sebagai suami kepada Blake Lively di dalam filem berkenaan. Penggambaran dijangka bermula pada 14 Ogos ini di Toronto, Canada.
A Simple Favor merupakan sebuah filem yang digarap dari novel dengan tajuk yang sama. Menurut The Hollywood Reporter, filem itu nanti akan diarahkan oleh Paul Feig, pengarah filem Bridesmaids dan Ghostbusters.
Bukan kali pertama berlakon di Hollywood
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Henry Golding juga pernah berlakon di dalam filem Crazy Rich Asians, sebuah filem adaptasi novel Kevin Kwan yang dihasilkan oleh Warner Bros’ Film bersama dengan Tan Sri Michelle Yeoh.