Malaysia

Siti Saleha Akhiri Fasa Solo

Majlis pernikahan Siti Saleha dan pasangan pilihannya Ahmad Lutfi Azhar berlangsung meriah pada hari Jumaat lepas di TPC Bukit Kiara. Dengan mas kahwin sebanyak RM500, pasangan tersebut sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada pukul 3.40 petang.

Siti Saleha dan suami, Lutfi di Majlis Pernikana mereka pada hari Jumaat lepas | Gambar oleh: Zahid Izzani

“Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan, diharap semua dapat medoakan kebahagian kami,” ujarnya kepada media.

Acara tersebut turut dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu termasuklah ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Pasangan tersebut juga sempat ditemubual oleh media yang turut hadir di majlis pernikahan berkenaan. Siti Saleha menjelaskan bahawa suaminya itu merupakan seorang yang berjiwa humor dan perkara itulah yang teleha menambat hatinya.

Siti Saleha.jpg

Ketika ditanya tentang anak pula, Lutfi pantas menjawab dengan nada bergurau bahawa beliau inginkan 11 orang anak, satu setiap tahun. Namun, tegas beliau lagi, segalnya diserahkan sepenuhnya kepada rezeki dan mereka sebenarnya belum merancang soal zuriat.

Siti Saleha Bebas Berkarya

Meskipun pada mulanya Lutfi merasa kurang selesa dengan status Siti Saleha sebagai seorang artis, namun kini setelah berumah tangga, beliau menjelaskan bahawa beliau tidak akan menyekat kerjaya Siti Saleha sebagai pelakon, bahkan akan sentiasa berada di belakang untuk memberi sokongan kepada isterinya itu.

Siti Saleha dan Lutfi juga di khabarkan terpaksa menunda perancangan mereka untuk berbulan madu di Pulau Mauritius atas kepadatan jadual masing-masing. 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s