Indonesia

Raffi Ahmad Hadir Ke Gala Premiere Dengan Helikopter!

Kehadiran selebriti ke majlis gala premiere dengan menggunakan kereta mewah mungkin sudah menjadi kelaziman. Namun begitu, berbeza dengan Raffi Ahmad, pelakon Indonesia ini hadir bersama keluarga ke tayangan perdana filem terbaru mereka, Rafathar semalam dengan menggunakan helikopter!

Rafi

Kenangan tersebut sempat diabadikan di dalam satu vlog sahabat mereka, Raditya Dika. Menurut Raffi, beliau sudah biasa menggunakan helikopter, akan tetapi ianya merupakan pengalaman pertama buat isteri dan anaknya.

“Gue kalau naik helikopter sudah sering. Dia (Nagita) baru sekali. ‎Gue naik helikopter sama Gigi, Rafathar, Raditya Dika. Mereka baru pertama kali, kalau gue udah sering,”

Raffi.jpg

Ketika ditanyakan mengapa baru kali ini mencuba untuk menaiki helikopter, Nagita atau lebih mesra dengan panggilan Gigi ini sebenarnya takut. “Kalau aku pribadi sih memang orangnya ‎takut, tapi aku bawa Rafathar. Rafathar orangnya penakut kayak aku, di situ dia nangis, kalau aku ketakutan nanti dia juga kebawa.” katanya kepada media setempat.

Akan tetapi, Raffi menyangkal dakwaan bahawa helikopter tersebut adalah milik peribadi beliau. Menurutnya, helikopter tersebut sebenarnya untuk kegunaan di majlis ulang tahun anak mereka nanti. Akan tetapi, jelasnya lagi, pihak yang menaja helikopter tersebut ingin mereka menggunakannya lebih awal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s