Brunei

Temubual Eksklusif Bersama Juan Madial

Penyanyi yang namanya semakin dikenali di Brunei, Juan Madial kini kembali dengan single terbaru, RASA. Penyanyi yang juga pernah menganggotai kumpulan Hikari8 ini buat pertama kalinya tampil secara solo dengan lagu Dengarkan Aku pada tahun 2013.  Kini beliau kembali semula dengan lagu terbaru berjudul RASA.

Juan 1

Lagu ini juga merupakan lagu tema untuk projek rintis The Bungsu Story  yang kini ditayangkan di Arena Cineplex, Qlap Mall. Dalam temubual eksklusif kami bersama beliau, persiapan lagu ini memakan masa kurang lebih sebulan sebelum tayangan episod rintis drama berkenaan. Menariknya kali ini, lagu berkenaan merupakan lagu duet pertama beliau.

“Saya ingat the first idea came up selepas berjumpa dengan penerbit, Mr Aqil di mana beliau berkongsi sinopsis The Bungsu Story,” ujar Juan Madial. Beliau lantas mencadangkan agar lagu ini dinyanyikan oleh dua orang penyanyi, “To represent the main characters: Safara dan Nabil,” katanya.

Juan 3

Juan Madial ketika di set penggambaran muzik video lagu terbarunya, RASA.

Lirik kepada lagu yang dicipta sendiri oleh beliau ini ditulis bersama dengan penyanyi yang turut sama menyanyikan lagu ini secara duet, Raudah – seorang pendatang baru dan juga merupakan ahli kumpulan acapella, Method6six.

Ingin Bawa Nama Negara Keluar 

 

Juan 5

Tidak dinafikan, sudah semakin ramai anak tempatan mencipta nama di luar negara. Sebahagian daripadanya termasuklah Jaz Hayat, Aziz Harun dan Nina Iskandar. Kami juga sempat mengajukan soalan sama ada Juan mempunyai perancangan untuk membawa muziknya keluar. Ternyata dugaan kami benar!

“Sudah tiba masanya untuk saya keluar dan bekerja dengan penerbit muzik dari negara luar,” ulas Juan Madial.

Tambahnya lagi, beliau ingin memperkenalkan nama Brunei Darussalam semampu mungkin melalui muzik beliau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s