Khabar angin pertunangan Yuna dan Adam Sinclair kini terjawab sudah. Majlis pertunangan yang dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat ini berlangsung di kediaman ibubapa Yuna di Shah Alam.

Yuna dan Adam Sinclair. | Gambar oleh: Zel Atif Ishak
Penyanyi kebanggaan Malaysia ini tampil mengenakan busana rekaan sahabatnya, Hatta Dolmat di majlis pertunangan tersebut. Perkenalannya dengan Adam, yang juga merupakan adik kepada Asyraf Sinclair ini, pada tahun 2013. Hubungan yang bermula sebagai kawan biasa ini mulai serius pada akhir tahun 2015.
“Sepanjang perkenalan, Adam mewarnai hidup saya dan sentiasa membuat saya tersenyum dan ketawa. Saya gembira kerana bakal menjadi isterinya nanti, insya-Allah,” kata Yuna.

Ibu Adam menyarungkan cincin pada majlis pertunangan yang diadakan semalam. | Foto Zel Atif Ishak
“Ini adalah momen manis dalam hidup saya, malah menjadi langkah pertama untuk kami bersama. Saya bersyukur dipertemukan dengan jejaka yang penyayang dan baik hati. Percaturan Allah itu sangat indah,” tambahnya lagi.