Hollywood

Chris Pratt & Anna Faris Berpisah

Teraju utama filem ‘Guardians of the Galaxy’ Chris Pratt dan isteri, Anna Faris yang juga merupakan pelakon yang pernah membintangi filem ‘House Bunny’ disahkan berpisah menurut keterangan yang dibuat melalui status akaun Facebook milik Pratt semalam.  Kenyataan tersebut turut dikemaskini di akaun Twitter milik Faris.

1001-1

“Anak lelaki kami mempunyai dua ibubapa yang sangat menyayanginya dan demi dia kami ingin membiarkan situasi ini seperibadi yang mungkin. Kami masih punyai rasa sayang terhadap satu sama lain, akan sentiasa menghargai masa yang telah kami kongsi bersama dan sentiasa menghormati satu sama lain.” jelas Pratt dan Faris dihalaman Facebook berkenaan.

Pasangan yang sudah berumah tangga lebih 8 tahun tersebut mula berkenalan pada tahun 2007 di dalam set penggambaran filem Take Me Home Tonight dan berkahwin pada bulan Ogos 2009.

1001-2.jpg

Perceraian Raih Kebimbangan

Kes perceraian Chris Pratt dan Anna Faris ini menambah lagi jumlah pasangan popular atau power couple dari Hollywood yang telah berpisah dan memfailkan perceraian. Pada tahun lepas sahaja, antara pasangan Hollywood yang telah berpisah termasuklah pasangan Angelina Jolie dan Brat Pitt dan pasangan Khloe Kardashian dan Lamar Odom.

Perkara tersebut telah meningkatkan  tahap kebimbangan netizen dan ramai yang menyuarakan kerisauan mereka di pelbagai  jaringan media sosial terhadap pasangan Hollywood lain termasuklah Blake Lively dan Ryan Reynolds.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s