Hollywood

Episod Terbaru ‘Game of Thrones’ Buat Penonton Tak Senang Duduk

Bahang kehangatan drama epik popular, Game of Thrones semakin terasa dengan berakhirnya episod ke empat drama berkenaan semalam. Bagi penonton yang mengikuti drama terbitan HBO tersebut sudah semestinya tidak sabar untuk menantikan sambungan kepada episod berkenaan. Mana tidaknya, episod ke 4 drama bersiri yang lebih mesra dengan singkatan ‘GOT’ tersebut padat dengan moment-moment penting yang mendebarkan!

Berikut adalah moment-moment terbaik pilihan kami:-

GOT 3

1. Reunion Keluarga Stark

Keluarga Stark merupakan sebuah keluarga yang telah menjadi mangsa perbalahan dan perebutan takhta kerajaan di selatan sebelum ini. Perpecahan keluarga ini menyebabkan moment kepulangan Arya Stark ke utara (The North) merupakan salah satu moment penting di dalam episod berkenaan. Kepulangan tersebut sekaligus menyatukan keluarga Stark yang telah terpisah selama beberapa musim siaran GOT.

Moment ini pasti membuatkan anda ternanti-nanti apakah reaksi Jon Snow jika dia tahu tentang kepulangan Arya ini nanti.

GOT 7

2. Potensi Hubungan Jon Snow dengan Ratu Naga, Daenerys Targaryen

Episod lepas membuatkan kita tertanya-tanya akan potensi terjadinya jalinan kemesraan di antara Jon Snow dan Daenerys. Kita telah saksikan babak di mana Jon Snow tetap bertegas untuk memujuk Daenerys agar barsatu memerangi musuh sebenar mereka. Namun begitu, Jon masih belum tahu bahawa ibunya adalah Lyana Stark, kekasih Rhaegar Targaryan abang sulung kepada Daenerys.

Teruja ingin menyaksikan bagaimanakah reaksi mereka apabila mengetahui perkara ini nanti!

GOT 5

3. Kepastian tentang kematian Jamie Lannister

Episod semalam berakhir dengan babak perang di antara tentera Daenerys Targaryen dengan tentera The Lannisters.  Episod berkenaan memaparkan babak di mana Jamie Lannister mengambil peluang keemasan untuk membunuh Daenerys apabila naga yang ditunggangnya cedera akibat panahan. Namun, episod tersebut berakhir dengan tanda tanya sama ada Jamie mati atau sebaliknya ketiga gagal untuk membunuh Ratu Naga tersebut.

GOT 4

Memang, penantian itu satu penyiksaan! Sama-sama kita nantikan episod berikutnya.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s