Mungkin ramai di antara anda yang tertanya-tanya apakah dia ‘Shrobing’? Tak mustahil, ada juga yang baru pernah mendengar istilah tersebut. Shrobing merupakan terma yang digunakan untuk menggambarkan cara terkini untuk menggayakan jaket atau outerwear di bawah paras bahu.
Bagaimana menggayakannya?
Menurut pengarah Vogue, Sarah Harris, penggayaan shrobing haruslah menurut kesesuaian fabrik dan potongan. Anda juga harus bersedia untuk handsfree atau tidak membawa sebarang aksesori kerana tidak akan ada ruang untuk anda menggantung beg tangan.
“Gunakan sepenuhnya poket pada baju atau jaket anda!” tambahnya lagi.
Namun begitu, Harris juga menambah bahawa trend ini mungkin tidak akan kekal lama. Lama-kelamaan kita akan kembali juga kepada cara asal menggunakan kot atau outwear ini.
Berikut adalah selebriti-selebriti pilihan kami yang telah berjaya mengenakan gaya shrobing ini:
1. GIGI HADID
2. KIM KARDASHIAN
3. RIHANNA
4. KYLIE JENNER
5. NEELOFA
Artis kita juga sudah mula mengikuti gaya shrobing ini.
6. ROZITA CHE WAN