Indonesia / Malaysia

Ayat-Ayat Cinta 2 Disember Ini

Bagaikan trend terkini, syarikat produksi perfileman di Indonesia seakan berlumba-lumba untuk menghasilkan sekuel kepada filem-filem yang ditayangkan hampir sedekad yang lalu. Satu berita baik kepada penggemar filem Indoesia, sebuah lagi filem yang telah meraih kejayaan yang besar ketika tayangan perdananya hampir 10 tahun yang lepas akan menemui anda tidak lama lagi. Apakah filem tersebut?

Ayat-Ayat Cinta (2008)

Ha, jika tahun lalu kita telah menyaksikan kejayaan sekuel kepada filem Ada Apa Dengan Cinta lakonan Nicholas Saputra, tahun ini pula filem terbitan MD Pictures, Ayat-Ayat Cinta 2 akan ditayangkan di pawagam pada penghujung tahun ini.

Ayat-Ayat_CintaPasti ramai yang bermandikan air mata menonton filem berunsurkan Islamiah arahan Manoj Punjabi dan Dhamoo Punjabi ini satu ketika dahulu.  Filem lakonan Fedi Nuril, Rianti Cartwright, Carissa Putri dan Zaskia Adya Mecca ini bukan sahaja telah menjadi fenomena di Indonesia, bahkan filem tersebut juga telah mendapat sambutan hangat di negara-negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Lebih mengujakan, sekuel kepada filem tersebut sekarang sudah di dalam proses rakaman dan akan ditayangkan pada bulan Disember tahun ini.

Perkenalkan Wajah-wajah Baru

Di dalam satu sidang akhbar bulan lepas, MD Pictures mengumumkan bahawa adanya sedikit perbezaan dari segi barisan pelakon yang terlibat kali ini.

Berikut adalah senarai teraju utama filem Ayat-Ayat Cinta 2:-

1. Fedi Nuril sebagai Fahri

1001 1

2. Tatjana Saphira sebagai Hulya

Tatjana-Saphira-1.jpg

Hulya adalah wanita berketurunan Turki dan Jerman yang merupakan sepupu kepada Aisha, isteri Fahri.

3. Dewi Sandra sebagai Sabina

1001  3.jpg

“Dia (Sabina) paling misterius, opposite banget kan sama aku. Ini benar-benar yang beban hidupnya luar biasa sekali, dia ada kekurangan secara fisiknya, karena beberapa hal yang nantinya akan terbuka satu per satu,” terang Tatjana kepada media.

4. Chelsea Islan sebagai Keira

1001 4

Menariknya kali ini, dua artis Malaysia akan turut membintangi filem ini nanti. Siapakah mereka?

5. Fazura

1001 5

Siapa tidak kenal dengan aktris cantik ini? Berucap kepada media tempatan, Fazura bersyukur kerana lakonannya diterima oleh masyarakat di sana. Filem ini nanti merupakan filem ke empat lakonannya di bawah syarikat produksi Indonesia.

6. Bront Palarae sebagai Barruch

Melakonkan watak sebagai seorang jejaka berbangsa Yahudi di dalam filem ini nanti merupakan satu cabaran baru buat pelakon berpengalaman dan bebas kontroversi ini.

Bront-Palarae-interview-Ola-Bola-3

“Bagusnya watak Barruch, ia tidak menyentuh soal agama ataupun pegangan akidah. Tiada babak sembahyang atau ritual agama. Jadi tiada masalah dalam soal itu. Saya cuma perlu buat penonton percaya bahawa Barruch itu Yahudi iaitu dari segi penampilan, percakapan dan bahasa tubuh,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sinopsis

Ayat-Ayat Cinta 2 sekali lagi berkisar tentah kisah Fahri (lakonan Fedi Nuril), yang kini menetap di Edinburgh dan menjadi dekan di University of Edinburgh, melewati hari-harinya seorang diri tanpa Aisha.

Kehilangan isterinya membuatkan Fahri kecewa dan berputus asa. Perkara ini menyebabkan Fahri menjalani hari-harinya dengan menenggelamkan diri di dalam kesibukan pekerjaan dan perniagaan.

Adakah Fahri akan membujang seumur hidup? Atau mungkinkah dia akan bertemu kembali dengan sosok Aisha yang begitu dicintainya? Filem Ayat Ayat Cinta 2 yang digarap dari novel best seller karya Habbiburahman El Shirazy ini akan ditayangkan pada Desember 2017.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s