Brunei

Pencalonan Awal Anugerah Pelangi 2017

Setelah penganjuran terakhirnya kira-kira 3 tahun lepas (2014), stesen radio nombor 1 negara, Pelangi FM kini kembali lagi dengan penganjuran satu-satunya anugerah muzik yang mengiktiraf penggiat-penggiat muzik di Negara Brunei Darussalam, Anugerah Pelangi.

Di dalam pengumuman senarai pencalonan awal anugerah tersebut hari ini, sebanyak 6 kategori bakal dipertandingkan di anugerah yang akan berlangsung pada bulan November ini nanti. Bagi setiap kategori pula, sebanyak 10 pencalonan tersenarai bagi setiap kategori.

Jaz Hayat dan DJ Pelangi FM, Ashraff Rannil sebelum menyampaikan anugerah di Anugerah Pelangi beberapa tahun lalu | Sumber foto: modasys.net

Undian akan dibukakan kepada orang ramai, terutama pendengar-pendengar setia Pelangi FM untuk memilih siapakah yang akan tersenarai di dalam TOP 5 bagi setiap kategori. Setelah itu, pemilihan pemenang bagi setiap kategori pula akan dibuat oleh barisan juri berpengalaman dari dalam dan luar negara.

Seninan Jalanan beraksi di pentas Anugerah Pelangi pada tahun 2014 | Sumber Foto: modasys.net

Cara Mengundi:

Awda boleh mengundi senarai calon TOP 5 pilihan awda untuk Anugerah Pelangi ini nanti, melalui platform-platform berikut:

  1. Menekan butang ‘Like’ pada gambar calon pilihan awda di halaman Facebook Pelangi FM
  2. Melalui laman sesawang Radio Televisyen Brunei (RTB)
  3. Mengundi melalui akhbar Media Permata dan Borneo Bulletin

Gandingan hebat Aziz Harun dan Maria Aires di Anugerah Pelangi (2014) | Sumber foto: Modasys.net

Senarai penuh Top 10 Anugerah Pelangi 2017:

A) Kategori Vokal Wanita Pilihan:

  1. Aqiel Maidin
  2. Atikah Thane
  3. Ecah
  4. Eia
  5. Eqah
  6. Ida Lela
  7. Maria
  8. Qeez Idrus
  9. Suzan
  10. Yaniey Junaini

B) Kategori Vokal Lelaki Pilihan:

  1. Alilah
  2. Aziz Harun
  3. Dayat Ahim
  4. Fakhrul Razi
  5. Jaz
  6. Juan Madial
  7. Mienul
  8. Neff Aslee
  9. Rafiz
  10. Rapul Rezal

C) Kategori Vokal Duo / Kumpulan Pilihan:

  1. A Band Once
  2. Acidyouth
  3. Andromeda
  4. Apple Rock Times
  5. Dinshe
  6. No & The Band
  7. Seniman Jalanan
  8. Tenth
  9. The Futurist
  10. Titans

D) Kategori Artis Baru Pilihan:

  1. Atikah Thane
  2. Browne
  3. D’3VO
  4. Eia
  5. Ezueone
  6. Flique
  7. Guardian of Rhythm
  8. Perfect Scums
  9. Sai
  10. Tenth

E) Kategori Lagu Pilihan (2014-2015):

1. Lagu: Aku Pergi Untuk Dia

  • Artis: Rafiz
  • Komposer: Zacky New Generation
  • Lirik: Zacky New Generation

2. Lagu: Bintang Hatiku

  • Artis: Scarface ft. Suhaida
  • Komposer: Scarface
  • Lirik: Scarface

3. Lagu: IG

  • Artis: Sai
  • Komposer: Zaid, Jiji Rahim & Bahzi
  • Lirik: Sai

4. Lagu: Jangan Pergi

  • Artis: Juan Madial
  • Komposer: Juan Madial
  • Lirik: Juan Madial

5. Lagu: Ketetapan Hati

  • Artis: Dinshe
  • Komposer: Ezueone
  • Lirik: Ezueone

6. Lagu: Misteri Cinta

  • Artis: Titans
  • Komposer: Jal Titans
  • Lirik: Jal Titans

7. Lagu: Mutlak

  • Artis: Fakhrul Razi
  • Komposer: Fakhrul Razi
  • Lirik: Fakhrul Razi

8. Lagu: That’s The Way

  • Artis: Eia
  • Komposer: Eia
  • Lirik: Eia

9. Lagu: Takkan Pernah Ku Berhenti Mencintaimu

  • Artis: Alilah
  • Komposer: Wan Iman
  • Lirik: Wan Iman

10. Lagu: Tunjukkan

  • Artis: A Band Once
  • Komposer: A Band Once
  • Lirik: Faizul

F) Kategori Lagu Pilihan (2016-2017):

1. Lagu: Anak Mami

  • Artis: Frezzle & Eddie
  • Komposer: Eddie
  • Lirik: Frezzle & Eddie

2. Lagu: Dari Mata

  • Artis: Jaz
  • Komposer: Jaz
  • Lirik: Jaz

3. Lagu: Esok Hariku

  • Artis: Sai
  • Komposer: Zaid & Sai
  • Lirik: Sai

4. Lagu: Ilham Misteri

  • Artis: Seniman Jalanan
  • Komposer: Aidil & Ned
  • Lirik: Ned

5. Lagu: Inilah Cinta

  • Artis: Gzul Yusof ft Fiez Ismail
  • Komposer: Ezueone
  • Lirik: Ezueone

6. Lagu: Jangan Kecam Saya

  • Artis: Guardian of Rythm
  • Komposer: Spook
  • Lirik: Guardian of Rythm

7. Lagu: Perjalanan Hidup

  • Artis: Atikah Thane
  • Komposer: Pg Hj Md Khairul Amilin
  • Lirik: Pg Hj Md Khairul Amilin

8. Lagu: Please Hide My Name

  • Artis: Guardian of Rythm
  • Komposer: Spook
  • Lirik: Guardian of Rythm

9. Lagu: Tanda Kasih

  • Artis: Browne
  • Komposer: Aman
  • Lirik: Aman

10. Lagu: Terus Bernyanyi

  • Artis: Dinshe
  • Komposer: Saufan
  • Lirik: Alwir 5.10AM

Undian akan bermula esok (Isnin, 14 Ogos 2017) sehingga 3 September 2017. Selamat mengundi!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s