5 Fakta 1001 / Malaysia

5 Fakta Menarik Tentang Perkahwinan Tunku Aminah Johor

Perkahwinan diraja antara Tunku Aminah dengan jejaka pilihan hatinya, Dennis Muhammad Abdullah, berlangsung dengan meriahnya sejak awal minggu ini. Namun, tahukah anda bahawa banyak fakta menarik yang perlu anda ketahui tentang perkahwinan yang digelar ‘Wedding of the Year’ Malaysia ini.

Berikut adalah senarai 5 fakta menarik tentang perkahwinan puteri kesayangan negeri Johor ini:

1. Nikah Pada Hari Lahir Tuanku Permaisuri Johor 

Istiadat pernikahan Tunku Aminah dan Dennis Muhammad Abdullah berlangsung pada 14 Ogos 2017 | Sumber foto: Royal Press Office / AFP

Hari pernikahan puteri kesayangan negeri Johor Darul Takzim ini sangat istimewa kerana ianya bersamaan dengan tarikh lahir bondanya, Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofia iaitu pada hari Isnin, 14 Ogos yang lalu. Adakah ianya satu kebetulan atau mungkinkah tarikh tersebut sengaja dipilih?

Apa-apapun, bagi kami perkahwinan ini pastinya menjadi hadiah yang istimewa buat bonda Tunku Aminah. Mana tidaknya, Tunku Aminah merupakan puteri tunggal kerabat diraja Johor ini.

2. Akad Nikah Di Dalam Bahasa Melayu

Suami kepada Tunku Aminah, Dennis Muhammad Abdullah mengucapkan akad nikah di dalam bahasa Melayu | Sumber foto: Royal Press Office / AFP

Mungkin ramai yang sudah maklum bahawa suami Tunku Aminah ini merupakan seorang model kelahiran Belanda yang menetap di Singapura. Menariknya, meskipun kedengaran sedikit pelat, akad nikah oleh Dennis Mohammad tempoh hari diucapkan di dalam Bahasa Melayu!

3. Busana Pengantin Hasil Tenunan Banduan

Persalinan pernikahan ikonik Tunku Aminah | Sumber foto: Johor Southern Tigers

Menurut kami, persalinan yang dikenakan oleh Tunku Aminah sewaktu istiadat pernikahan sudah semestinya termasuk di dalam senarai busana pengantin paling ikonik Malaysia ketika ini. Akan tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa persalinan sewaktu istiadat persandingan Tunku Aminah juga punyai keistimewaannya tersendiri.


Tahukah anda bahwa persalinan persandingan tersebut merupakan Tenun Pahang Diraja hasil rekaan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah – yang juga merupakan bonda saudara Tunku Aminah sendiri. Apa yang membuatkan persalinan ini lebih unik, ianya ditenun oleh banduan Penjara Penur!

4. Kehadiran Nicole Scherzinger  

 

Video dan gambar Nicole Scherzinger singgah membeli KFC di Johor tular beberapa hari lepas. Rupa-rupanya bekas anggota kumpulan Pussycat Dolls tersebut hadir untuk membuat persembahan di majlis resepsi perkahwinan diraja Johor yang diadakan secara tertutup.

5. Keberangkatan Kerabat Diraja Brunei 

Sultan Brunei dan permaisuri baginda turut berangkat ke istiadat merenjis dan tepung tawar Tunku Amalin | Sumber foto: Johor Southern Tigers

Keakraban kerabat diraja Brunei dan negeri Johor, terbukti dengan keberangkatan KDYMM Sultan Brunei & permaisuri baginda, ke istiadat merenjis dan tepung tawar Tunku Aminah dan suami, Dennis Muhammad Abdullah.

Turut berangkat, anakanda-anakanda baginda YTM Pengiran Muda Abdul Wakeel dan YTM Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s