Brunei / Malaysia

KJ & Putera Abdul Mateen Beraksi 22 Ogos Ini

Penyertaan atlet di Sukan SEA, khususnya sukan Equestrian Polo, tidak pernah menjadi setular ini di edisi-edisi sukan SEA sebelumnya. Jadi apakah perbezaan KL 2017 ini?

Ha, tahukah anda sukan Equestrian Polo di Sukan SEA kali ini bakal disertai oleh barisan VVIP dari Malaysia dan Brunei yang mempunyai penggemar setia mereka sendiri. Berita ini menjadi viral apabila pas pengenalan diri peserta-peserta tersebut mula menjadi perbualan netizen.

1. YTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen 

Putera ke 4 kepada Sultan Brunei ini mula mendapat perhatian setelah menyertai kejohanan polo di Thailand beberapa tahun lepas. Fenomena yang melanda Thailand tersebut menyebabkan segmen khas yang memuatkan temubual Putera Mateen bersama majalah GQ Thailand terpaksa dialih bahasa ke dalam bahasa Inggeris atas permintaan ramai.

Kali ini pula, berita penyertaannya di dalam KL 2017 membuatkan peminat-peminatnya di Malaysia teruja!

2. Khairy Jamaluddin


Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dengan panggilan KJ ini merupakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. KJ sememangnya popular dikalangan wanita di Malaysia kerana ketampanan beliau.

Meskipun sibuk menjadi penaung kepada kejohanan Sukan SEA kali ini, ianya tidak menghalang beliau untuk bertanding di sukan Esquestrian Polo nanti.

3. YTM Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah 

Selain itu, kekanda putera Brunei tersebut juga akan menyertai sukan yang sama. Kedua beradik ini gemar menyertai perlawanan-perlawanan equestrian polo di dalam dan luar negara, meskipun di dalam pasukan yang berbeza. YTM PAP Azemah ini merupakan salah seorang daripada hanya dua peserta wanita bagi sukan equestrian polo di KL 2017 ini.

Pasukan polo KJ akan berentap dengan pasukan polo kerabat Brunei di acara pembukaan sukan itu nanti pada 22 Ogos mendatang di Putrajaya Equestrian Park.

Sebanyak 10 perlawanan akan diadakan bagi sukan ini dengan penyertaan dari Brunei, Malaysia, Thailand dan Singapura.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s