Malaysia

AF Megastar: Bekas Peserta Berentap Semula

Program realiti popular Akademi Fantasia (AF) dijangka bakal mencipta fenomena baru tidak lama lagi. Berbeza dengan musim sebelumnya, tiada wajah baru akan diperkenalkan, akan tetapi, edisi kali ini bakal menampilkan semula 24 orang bekas peserta finalis AF dari musim pertama! Menarik bukan?

af-konsert-2-opening-show.jpg

Persembahan pembukaan minggu ke 2 Akademi Fantasia tahun lepas oleh pengacara Alif Satar dan Zizan Razak bersama perserta-peserta AF 2016. | Sumber foto: Rojak Daily

Pertandingan nyanyian yang kini digelar Akademi Fantasia Megastar tersebut akan mula bersiaran pada bulan September depan dengan konsert AF Homecoming selama dua minggu. Peserta-peserta tersebut akan dibahagikan kepada 2 kumpulan, di mana 12 peserta akan tampil diminggu pertama dan selebihnya diminggu kedua. Hanya seramai 12 pelajar yang akan layak mara ke minggu ke tiga Akademi Fantasia Megastar itu nanti.

Di dua minggu pertama AF Megastar ini nanti, persembahan akan diadili sepenuhnya oleh juri berpengalaman iaitu pengarah muzik profesional yang juga pernah menjadi bekas pengetua Akademi Fantasia sebelum ini, Datuk Ramli M.S., serta penyanyi dan guru vokal yang sangat dikenali, Syafinaz Selamat.

Rambut Terbaru Pak Nil1.jpg

Datuk Aznil Haji Nawawi, yang juga merupakan pengacara pertama program ikonik ini, sekali lagi diambil untuk menjadi hos. Berucap kepada media, beliau mengakui bahawa penglibatannya kali ini akan mengimbas semula kenangan sepanjang lebih sedekad rancangan ini berlangsung.

“Saya mungkin tidak boleh menyaingi pengacara selepas saya meninggalkan AF tetapi yang pasti menerusi program ini saya akan kembali membawa kenangan bersama semua peserta,” ujar Aznil Nawawi kepada media.

123.jpg

Antara nama-nama peserta yang terut serta kali ini termasuklah Marsha (AF3), Amelea (AF3), Idayu (AF3), Airil (AF7), Indah Ruhaila (AF 2013) dan 8 bekas juara Akademi Fantasia sebelum ini: Zahid (AF2), Faizal (AF4), Mila (AF5), Shahir (AF8), Faizul (AF2013), Firman (AF2014), Sufie (AF 2015) dan Amir (AF2016).

Anda boleh mendapatkan senarai penuh peserta AF Megastar 2017 di pautan ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s