Brunei / Malaysia

Selfie Fathia Latiff & Putera Abdul Mateen Buat Ramai Cemburu

Perwakilan Brunei ke Sukan SEA kali ini benar-benar telah melahirkan fenomena baru. Mana tidaknya, kontinjen negara tersebut bukan sahaja diwakili oleh atlet-atlet kebangsaan mereka, bahkan ahli kerabat diraja juga turut serta menyertai beberapa perlawanan sukan termasuklah sukan equestrian polo dan bola sepak.

Namun, tidak dinafikan lagi, penyertaan Putera Abdul Mateen diacara sukan berkuda ini telah mencuri perhatian ramai warga tempatan dan pihak media di Malaysia.

Taman Equestrian Putrajaya dibanjiri oleh peminat-peminat putera kesayangan Brunei ini di perlawanan pembukaan sukan equestrian polo pada hari Selasa yang lalu. 

 

Kesempatan tersebut digunakan sebaik mungkin oleh penonton yang hadir untuk ber-selfie. Namun, antara foto-foto selfie yang dimuat naik ke akaun-akaun media sosial, gambar selfie terbaru Fathia Latiff dengan Putera Abdul Mateen  benar-benar telah membuatkan ramai para gadis cemburu!

Gambar yang dimuatnaik di akaun instagram Fathia Latiff (@fatiyalatiff) dengan kapsyen, “This is for u girls 😘”

Fathia Latiff yang juga hadir menyaksikan perlawanan di antara pasukan Brunei dan Malaysia tersebut telah mengongsikan gambar selfie berkenaan di akaun Instagram miliknya petang semalam.

This is for you girls!” tulisnya di media sosial seakan sengaja mengusik pengikut-pengikut akaun Instagramnya itu.

A post shared by @bruneiroyalfamily on Aug 22, 2017 at 9:42pm PDT

 

Pasukan polo Brunei akan menentang pasukan Thailand pada hari Khamis dan pasukan Singapura pada hari Sabtu di lokasi yang sama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s